Tuesday 25 October 2016

KETAHUI MASA UNTUK BUY ATAU SELL MATAWANG DALAM FOREX

masa sesuai untuk trade forex

Dalam contoh yang berikutnya, kami akan menggunakan analisis fundamental sebagai bantuan untuk membuat keputusan sama ada patut buy atau sell satu-satu pasangan matawang.

Jika anda sentiasa rasa mengantuk semasa mata pelajaran ekonomi atau sentiasa ponteng kelas ekonomi, jangan risau! Kami akan cuba hurai secara lebih lengkap pada sesi lain.

Sekarang, cuba pertahankan apa yang telah anda berusaha dalam ilmu forex setakat ini.

EUR/USD


Dalam contoh ini, euro merupakan base currency untuk menentukan sama ada buy atau sell.

Jika anda percaya ekonomi U.S akan terus melemah, yang mana ia memberi kesan buruk kepada U.S dollar, anda patut BUY pasangan EUR/USD. Dengan berbuat demikian, anda telah membeli euro dengan menjangkakan ia akan menguat berbanding U.S dollar.

Jika anda percaya ekonomi U.S akan terus menguat, yang mana ia memberi kesan positif kepada U.S dollar, anda patut SELL pasangan EUR/USD. Dengan berbuat demikian, anda telah menjual euro dengan menjangkakan ia akan melemah berbanding U.S dollar.

USD/JPY


Dalam contoh ini, U.S dollar merupakan base currency untuk menentukan sama ada buy atau sell.

Jika anda percaya kerajaan Jepun akan terus melemahkan yen untuk membantu industri eksport, anda patut BUY pasangan USD/JPY. Dengan berbuat demikian, anda telah membeli U.S dollar dengan menjangkakan ia akan menguat berbanding yen Jepun.

Jika anda percaya pelabur Jepun  telah mengeluarkan modal mereka dari pasaran kewangan U.S dan menukar duit modal mereka dari U.S dollar kembali kepada yen, anda patut SELL pasangan USD/JPY. Dengan berbuat demikian, anda telah menjual U.S dollar dengan menjangkakan ia akan lebih menyusut berbanding yen Jepun.

GBP/USD


Dalam contoh ini, pound merupakan base currency untuk menentukan sama ada buy atau sell.

Jika anda percaya ekonomi Britain akan terus meningkat untuk menjadi lebih baik dari ekonomi U.S, anda patut BUY pasangan GBP/USD. Dengan berbuat demikian, anda telah membeli pound dengan menjangkakan ia akan menguat berbanding U.S dollar.

Jika anda percaya ekonomi Britain akan terus menjunam manakala ekonomi U.S pula kekal kuat, anda patut SELL pasangan GBP/USD. Dengan berbuat demikian, anda telah menjual pound dengan menjangkakan ia akan terus menyusut berbanding U.S dollar.

USD/CHF


Dalam contoh ini, U.S dollar merupakan base currency untuk menentukan sama ada buy atau sell.

Jika anda percaya Swiss franc berada dalam keadaan terlebih nilai (overvalued) , anda patut BUY pasangan USD/CHF. Dengan berbuat demikian, anda telah membeli U.S dollar dengan menjangkakan ia akan menguat berbanding Swiss franc.

Jika anda percaya pasaran perumahan U.S semakin menurun yang mana akan memberi kesan negatif kepada peningkatan ekonomi, anda patut SELL pasangan USD/CHF. Dengan berbuat demikian, anda telah menjual U.S dollar dengan menjangkakan ia akan menyusut berbanding Swiss franc.

Margin Perdagangan


Bila anda pergi ke kedai pemborong dan ingin membeli telur, anda tidak boleh membeli hanya sebiji telur; hal ini kerana mereka menjual dengan cara sedozen atau 12 biji.

Dalam forex, agak kelakar bila anda sekadar ingin membeli atau menjual 1 euro, jadi mereka datang dengan "lots" 1,000 units (Micro), 10,000 units (Mini) atau 100,000 units, (Standard) bergantung kepada broker dan jenis akaun yang anda daftar.

"Tapi saya tiada duit yang cukup untuk membeli 10,000 euro! Bolehkah saya terus berdagang?"

Boleh! Dengan margin perdagangan (margin trading).

Margin perdagangan mudah dikenali sebagai terma untuk berdagang dengan modal pinjaman. Dengan ini anda boleh membuka posisi $1,250 atau $50,000 dengan bermodal $25 atau $1,000. Anda boleh mengendalikan transaksi yang agak besar, sangat cepat dan murah, dengan amaun modal sebenar yang kecil.

Biar kami terangkan.

Ambil perhatian kerana bahagian ini amat penting!

1. Anda mendapat signal bahawa pound Britain akan lebih kukuh berbanding U.S dollar.

2. Anda membuka satu lot standard (100,000 unit GBP/USD), buy pound British dengan margin pada 2% dan menunggu pair GBP/USD terus mendaki. Apabila anda membeli satu lot  (100,000 GBP/USD pada harga 1.50000, anda membeli 100,000 pound, dengan jumlah  keseluruhan bernilai $150,000 (100,000 x 1.50000). Jika margin yang diperlukan ialah sebanyak 2%, anda perlu US$3,000 dalam akaun forex untuk membuka posisi perdagangan GBP/USD (US$150,000 x 2%). Sekarang anda mengawal 100,000 pound hanya dengan modal US$3,000. Kita akan membincangkan dengan lebih mendalam dalam artikel lain, namun harap anda dapat tangkap bagaimana margin ini bekerja.

3. Jangkaan anda tepat dan anda membuat keputusan untuk sell pula pasangan GBP/USD. Anda menutup posisi buy pada harga 1.50500. Anda mendapat keuntungan sebanyak $500.

Tindakan Anda
GBP
USD
Anda membeli 100,000 pound pada kadar pertukaran 1.5000
+100,000
-150,000
Beberapa minint kemudian pasangan GBP/USD naik kepada 1.5050 dan anda menutup posisi buy.
-100,000
+150,000
Anda mendapat keuntungan $500
0
+500

Apabila anda membuat keputusan untuk menutup posisi, deposit asal yang anda masukkan akan dikembalikan kepada anda dan pengiraan keuntungan atau kerugian anda telah selesai.

Profit atau loss akan dikreditkan ke dalam akaun anda.

Rollover


Untuk posisi yang dibuka pada luar masa bekerja bergantung kepada broker anda, terdapat rollover interest rate yang trader harus bayar atau terima, bergantung kepada margin yang ditetapkan dan posisi anda dalam pasaran.

Jika anda tidak mahu membayar kadar bunga (interest) untuk posisi anda, cukup mudah, pastikan anda menutup semua operasi sebelum pukul 5.00 pm waktu negara broker anda beroperasi.

Semenjak setiap perdagangan matawang melibatkan peminjaman satu matawang untuk membeli matawang yang lain, bayaran interest rollover menjadi sebahagian dari forex trading. 

*UNTUK KEFAHAMAN, IANYA JUGA DIKENALI SEBAGAI SWAP. BAGI PEDAGANG ISLAM, ANDA BOLEH MEMILIH SEMASA MENDAFTAR AKAUN SAMA ADA INGIN SWAP FREE ATAU NON SWAP FREE.

Saturday 22 October 2016

BAGAIMANA MEMBUAT DUIT DENGAN TRADING FOREX

Dalam pasaran forex, anda membeli (buy) atau menjual (sell) matawang.

Berdagang dalam pasaran forex adalah mudah: ianya lebih kurang sama dengan pasaran lain (seperti pasaran saham), jadi jika anda mempunyai pengalaman dalam berdagang, anda pasti dapat menangkap ilmu ini dengan cepat.

Dalam berdagang forex, anda menukar satu matawang dengan satu matawang yang lain dengan menjagkakan harga tersebut akan berubah. Jadi matawang yang anda beli akan lebih tinggi berbanding satu lagi matawang yang anda jual.

Contohnya:

Trader’s Action
EUR
USD
Anda membeli 10,000 euro dengan kadar pertukaran EUR/USD pada harga 1.1800
+10,000
-11,800*
Dua minggu kemudian, pertukaran untuk 10,000 euro berbanding U.S dollar naik kepada harga 1.2500
-10,000
+12,500**
Anda mendapat keuntungan $700
0
+700

*EUR 10,000 x 1.18 = US $11,800
**EUR 10,000 x 1.25 = US $12,500

Perkiraan mudah untuk kadar pertukaran ialah ratio salah satu matawang yang berubah ke atas matawang yang lain. Contohnya, kadar pertukaran USD/CHF menunjukkan berapa banyak U.S dollar boleh membeli satu Swiss franc, atau berapa banyak Swiss franc yang diperlukan untuk membeli satu U.S dollar.

Bagaimana Membaca Quote Forex

Pasangan matawang sentiasa memunyai quotes, seperti GBP/USD atau USD/JPY. Sebabnya kerana setiap transaksi pertukaran matawang asing, anda secara langsung membeli satu matawang dan menjual satu matawang yang lain. Disini terdapat contoh kadar pertukaran matawang untuk pound British dan U.S dollar:



Senarai matawang yang pertama berada di kiri slash ("/") dikenali sebagai base currency (sebagai contoh , pound British), manakala yang kedua di sebelah kanan dikenali sebagai berlawan atau quote currency ( contoh disini adalah U.S dollar).

Bila membeli, melalui kadar pertukaran anda akan dapat tahu berapa banyak yang harus anda bayar dalam unit quote currency untuk membeli satu unit base currency. Sebagaimana contoh di atas, anda akan membayar 1.51258 U.S dollar untuk membeli 1 pound British.

Apabila menjual, melalui kadar pertukaran anda akan dapat tahu berapa banyak unit quote currency yang anda akan dapat apabila menjual satu unit base currency. Contohnya, anda akan menerima 1.51258 U.S dollar apabila menjual 1 pound British.

Base currency adalah "panduan" untuk membeli atau menjual. Jika anda beli EUR/USD ini dengan mudah bermaksud anda membeli base currency dan pada masa yang sama menjual quote currency. Secara mudah ialah " beli EUR, jual USD."

Anda patut membeli pasangan tersebut sekiranya anda yakin nilai base currency akan lebih tinggi berbanding nilai quote currency. Anda patut jual pasangan tersebut sekiranya anda fikir nilai base currency akan bergerak lebih rendah berbanding nilai  quote currency.

Long/Short

Pertama sekali, anda harus menentukan sama anda ingin buy atau sell.

Jika anda ingin buy ( maksudnya beli base currency dan sell quote currency),  anda mahukan nilai base currency meningkat dan anda boleh sell kembali pada harga yang lebih tinggi. Dalam istilah trader, ianya dipanggil "going long" atau taking a "long position." Ingat: long=buy.

Jika anda jual (bermaksud sell base currency dan buy quote currency), anda mahukan nilai base currency terus jatuh dan anda akan buy kembali ketika pasangan matawang terebut berada pada paras harga yang terendah. Ini dipanggil "going short" atau taking a "short position.". Ingat: short=sell.


“I’m long AND short.”

Bid/Ask


“How come I keep getting quoted with two prices?”

Kesemua quotes dalam forex dipetik dengan dua harga: bid dan ask. Untuk lebih jelas, bid lebih rendah daripada harga ask.

Bid adalah harga dimana broker anda sanggup untuk membeli base currency dalam pertukaran dengan quote currency. Ini bermaksud bid adalah harga terbaik yang anda ( trader) akan jual kepada pasaran.

Ask pula ialah harga yang broker anda sanggup untuk menjual base currency dalam pertukaran dengan quote currency. Ini bermaksud ask adalah harga terbaik yang anda (trader) akan beli dari pasaran. Dengan kata lain, ask adalah harga yang ditawarkan.

Perbezaan antara bid dan ask ini dikenali sebagai spread.

Dalam quote EUR/USD di atas, harga bid adalah pada 1.34568 dan harga ask pada 1.34588. Nilai spread ini adalah nilai keuntungan yang diambil oleh broker di atas setiap transaksi yang trader lakukan.

Jika anda ingin sell EUR, anda klik "Sell" dan anda akan jual euro pada harga 1.34568. Jika anda ingin beli EUR, anda klik "Buy" dan anda akan beli euro pada harga 1.34588.

Friday 21 October 2016

HARI TERBAIK DALAM SEMINGGU UNTUK BERDAGANG FOREX

Sekarang kita sudah tahu bahawa sesi London adalah sesi yang paling sibuk berbanding dengan sesi-sesi lain. Namun disini juga terdapat beberapa hari dalam seminggu dimana keseluruhan pasaran cenderung untuk menunjukkan pergerakan yang lebih banyak. Ianya dikenali sebagai hari yang terbaik dalam seminggu untuk berdagang forex.

Dibawah merupakan jadual purata pergerakan pip untuk pasangan matawang utama setiap hari dalam seminggu:


Seperti mana yang anda dapat lihat dalam jadual di atas, ianya mungkin menjadi masa yang terbaik untuk berdagang semasa pertengahan minggu, apabila berlakunya beberapa aksi gerakan dalam pasaran.

Pada hari Jumaat biasanya akan sibuk sehingga 12.00 pm EST dan kekuatan pergerakan pasaran akan menurun selepas itu sehingga pasaran tutup jam 5.00 pm waktu U.S. Hal ini adalah kerana urusan kerja berjalan separuh hari sahaja pada hari Jumaat.

Seterusnya bermula cuti hujung minggu.

Jadi, berdasar kepada apa yang dibincangkan di atas, kita dapat mengenalpasti hari dan masa yang terbaik untuk berdagang forex. Masa yang paling sibuk adalah masa yang paling sesuai untuk berdagang forex disebabkan oleh kelajuan dan kecairan harga dalam pasaran dan ini akan memberikan lebih peluang untuk memasuki posisi.

Urus Masa dengan Bijak

Melainkan anda adalah Edward Cullen, seseorang yang tidak pernah tidur, amat mustahil untuk berdagang dalam kesemua sesi. Sekalipun anda mampu, ianya tidak berguna kerana walaupun pasaran dibuka 24-jam, tidak bermaksud aksi pergerakan menarik dalam pasaran berlaku setiap masa!

Selain itu, tidur juga adalah satu keperluan dalam hidup!

Setiap trader harus belajar bila masa yang sesuai untuk berdagang.

Dan setiap trader juga harus tahu bula masa yang sepatutnya untu TIDAK berdagang.

Ketahui masa optimum untuk berdagang dan masa untuk bermain game akan lebih menyelamatkan dollar anda daripada hangus ditelan.

Disini terdapat beberapa trik sama ada waktu sesuai untuk berdagang atau tidak:

Waktu Terbaik untuk Berdagang:

-Apabila berlaku pertindihan sesi. Disini juga terdapat masa di mana keluarnya data-data berita fundamental utama dan sekaligus memberi peluang untuk berlakunya pergerakan yang besar.
-Sesi Eropah adalah yang paling sibuk berbanding dua sesi lain.
-Pertengahan minggu biasanya akan memberikan lebih pergerakan dalam pasaran.

Waktu yang Teruk untuk Berdagang:

Ahad- semua orang menikmati cuti hujung minggu!
Jumaat- kecairan menurun kerana bekerja separuh hari.
Cuti Umum- semua orang berehat.
Semasa keluaarnya berita utama yang besar- mungkin terperangkap dalam gerakan naik turun!
Semasa American Idol, perlawanan akhir NBA, atau perlawanan Superbowl.

Tidak dapat mengenalpasti waktu optimal untuk berdagang? Jangan risau. Anda sentiasa boleh menjadi swing atau position trader.

WAKTU TERBAIK UNTUK BERDAGANG FOREX : HARIAN


Bilakah masa rating TV meningkat naik dalam sehari? Jika anda jawab semasa waktu perdana, jawapan anda adalah tepat!

Bagaiaman pula dengan sesi trading? Seperti rating televisyen, (a.k.a kecairan) adalah amat tinggi apabila terdapat banyak pihak yang mula melibatkan diri dalam pasaran.

Secara logiknya, anda mesti dapat berfikir bahawa ianya adalah ketika waktu pertindihan antara dua sesi. Jika anda berfikir begitu, ianya adalah amat tepat. Mari kita bincangkan sedikit karakter semasa pertindihan sesi ini.

Pertindihan Tokyo-London

Kecairan semasa sesi ini amat menarik disebabkan beberapa faktor. Biasanya, tidak terdapat banyak gerakan semasa sesi Asia sehingga waktu tengahari. Ini kerana para pedagang dari Eropah baru sahaja mula bersiap sedia untuk masuk ke pejabat, jadi ianya menjadi satu waktu yang cukup membosankan.

Kebanyakan para pedagang pada waktu ini hanya mengintai beberapa peluang yang berpotensi untuk memberi keuntungan apabila bermulanya sesi New York nanti.

Pertindihan London-New York

Disinilah bermulanya pesta! Anda mungkin pernah mendengar terdapat trader yang mula membuat dan membuang wang pada sesi ini. Hal ini kerana kemeriahan dalam trading forex bermula pada ketika ini. Ianya adalah hari yang cukup sibuk, sebagaimana trader dari dua pusat kewangan besar (London dan New York) mula memasuki pasaran.

Semasa waktu ini berlangsung kita akan dapat melihat pergerakan-pergerakan yang besar dalam pasaran, terutama apabila terdapat laporan ekonomi dari Kanada ataupun U.S. Pasaran juga boleh bergerak aktif kesan daripada data ekonomi dari Eropah yang dilepaskan agak lewat berbanding biasa.

Sekiranya terdapat trend harga yang tercipta semasa sesi Eropah, ia akan berterusan sehingga ke sesi New York kerana trader U.S akan mengambil keputusan untuk memasuki pasaran dan mengekalkan posisi mereka setelah mengulangkaji segala faktor yang mempengaruhi pasaran bermula awal pagi. Hampir kepada berakhirnya sesi London, para pedagang Eropah mula menutup posisi mereka dan menjadikan pergerakan graf harga akan bergerak dengan tidak menentu sebelum waktu makan tengahari di U.S.

SESI FOREX: NEW YORK


Apabila habisnya masa makan tengahari bagi para trader Eropah, sesi U.S bermula pada jam 8.00 am EST di mana warga Amerika Syarikat mula memasuki pejabat. Seperti sesi Asia dan Eropah, sesi U.S juga merupakan salah satu pusat kewangan utama dalam pasaran yang senantiasa menarik perhatian para pedagang.

Di bawah merupakan jadual purata pergerakan pip terhadap pasangan matawang utama semasa sesi New York.



Pengiraan jumlah pip adalah berdasar pergerakan purata data yang lalu bermula Mei 2012. Ianya bukanlah satu jumlah yang tepat bergantung kepada kecairan dan keadaan lain dalam pasaran.

Disini terdapat beberapa perkara yang harus anda tahu sekiranya ingin berdagang dalam sesi U.S:

- Kecairan yang tinggi awal pagi akibat pertindihan masa dengan sesi Eropah.
- Kebanyakan data ekonomi dilepaskan ketika bermulanya sesi New York. Ingat, hampir 85% pedagang terlibat dengan dollar, jadi bila-bila masa adanya berita besar dalam kalendar ekonomi U.S, akan memberikan impak yang besar ke atas pergerakan harga dalam pasaran.
- Apabila sesi Eropah menutup operasi, pasaran akan bergerak sedikit perlahan kerana ia bersamaan dengan waktu makan tengahari di U.S.
- Teramat sedikit pergerakan harga pada tengahari Jumaat.
- Hari Jumaat juga menjadikan carta harga bergerak dengan tidak menentu kerana kebanyakan trader dari U.S mula menutup posisi mereka kerana hampir kepada cuti hujung minggu.

Pasangan Matawang Mana yang Harus Didagangkan?

Beri perhatian bahawa terdapat kecairan yang amat tinggi semasa waktu pertindihan antara U.S dan Eropah. Jadi anda mungkin berpeluang untuk memasuki pasaran bersama-sama dengan bank-bank besar dan syarikat multinasional. Seeloknya pilih pasangan matawang yang utama sahaja. Elakkan berdagang pasangan matawang yang agak pelik dan janggal.

Kerana U.S dollar menjadi matawang yang penting dalam transaksi utama dunia, setiap orang akan memberi perhatian kepada data ekonomi U.S yang akan dilepaskan. Para pedagang akan melihat laporan fundamental sama ada lebih baik atau pun lebih buruk kepada USD.

Keliru untuk bermula dari mana? Tunggu artikel yang selanjutnya!

Tuesday 18 October 2016

SESI FOREX: LONDON


Apabila sesi Tokyo hampir menutup perniagaan mereka, sesi London baru sahaja bermula.

Walaupun terdapat banyak pusat kewangan di sekitar Eropah, London tetap menjadi tumpuan aktiviti perdagangan dunia.

Berdasar sejarah, London sentiasa menjadi pusat perdagangan dunia mungkin disebabkan oleh kedudukannya yang strategik. Jadi tidak hairanlah jika London dikategorikan sebagai bandar permodalan perdagangan dunia dengan ribuan ahli perniagaan menjalankan transaksi dalam setiap minit. Dalam 30% keseluruhan transaksi forex berlaku ketika sesi London berjalan.

Di bawah merupakan jadual purata pergerakan pip beberapa pasangan matawang utama semasa sesi London:


Pengiraan pip di atas adalah merujuk kepada data-data yang lepas bermula dari Mei 2012. Harus diingat bahawa ianya BUKAN NILAI TEPAT dan juga bergantung kepada kecairan dan keadaan pasaran.

Di sini terdapat beberapa fakta menarik mengenai sesi Eropah:

- Disebabkan sesi London bertindih dengan dua sesi utama disamping London adalah dianggap sebagai kunci kepada pusat kewangan- kebanyakan transaksi forex berlaku dalam jangka masa waktu ini. Graf pasaran bergerak dengan rancak dan berpotensi mengurangkan kos transaksi seperti spread yang rendah.
- Kebanyakan trend (arah pergerakan graf) bermula pada sesi London, dan KEBIASAANNYA akan berterusan sehingga bermulanya sesi New York.
-Kerancakan graf akan berkurang dalam pertengahan sesi kerana kebanyakan pedagang akan berhenti berdagang untuk makan tengahari dan menunggu pembukaan sesi New York.
-Trend berkemungkinan berubah pada pengakhiran sesi London, dimana trader dari Eropah mungkin mengambil keputusan untuk mengunci keuntungan mereka.

Pasangan Matawang Mana Harus Dipilih?

Kerana jumlah transaksi yang besar, kecairan amat tinggi pada sesi London dan boleh dikatakan semua pasangan matawang boleh didagangkan.

Namun ia lebih mudah jika anda kekal dengan pasangan EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY dan USD/CHF.

Hal ini kerana pasangan matawang ini boleh bertindak balas secara langsung dengan data ekonomi yang akan diumumkan pada hari tersebut (news).

Anda juga boleh memilih EUR/JPY dan GBP/JPY pada sesi London, tetapi harus diberi perhatian kepada spread untuk pair tersebut- cross pair kebiasaan mempunyai spread yang tinggi.

Sunday 9 October 2016

SESI FOREX: TOKYO


Pembukaan sesi Tokyo adalah pada 12.00 AM GMT menandakan bermulanya pasaran sesi Asia. Untuk pengetahuan anda, sesi Tokyo turut dipanggil sesi Asia kerana Tokyo adalah bandar modal kewangan terbesar di Asia.

Satu perkara yang harus ditekankan ialah Jepun merupakan pusat perdagangan forex ketiga terbesar dunia.

Dibawah merupakan jadual pergerakan purata pip untuk pasangan matawang utama.


Pengiraan jumlah purata pergerakan pip dikira menggunakan purata data yang lalu bermula bulan May 2012. Ianya bukanlah satu JUMLAH YANG TEPAT dan boleh juga bergantung kepada kecairan dan lain-lain keadaan pasaran. Pasangan EUR/CHF tidak termasuk dalam pengiraan data semenjak Swiss franc menetapkan harga lantai pada 1.2000 berbanding euro.

Disini terdapat beberapa perkara yang harus anda tahu tentang sesi Tokyo:

- Pergerakan pasaran bukan sahaja berpusat kepada negara Jepun sahaja. Transaksi forex juga dilakukan oleh lain-lain firma kewangan seperti dari Hong Kong, Singapura, dan Sydney.
- Semasa sesi Tokyo, pihak utama yang terlibat dalam pasaran ialah perusahaan komersial (exporters) dan bank pusat. Harus diingat bahawa ekonomi Jepun bergantung kepada aktiviti eksport, dengan China juga merupakan pemain utama dalam transaksi sesi Tokyo.
- Liquidity kadang kala boleh menjadi terlalu kecil. Berdagang pada sesi ini boleh diandaikan seperti memancing - anda mungkin terpaksa menunggu dengan begitu lama sebelum ikan mula menggigit.
- Kelihatan seperti anda akan nampak pergerakanyang kuat pada matawang Asia Pasifik seperti AUD/USD dan NZD/USD.
-Dalam masa pasaran yang mempunyai kecairan yang amat kecil, kebanyakan pasangan matawang kekal bergerak dalam pergerakan zigzag. Ini memberi peluang kepada pedagang harian atau berpotensi untuk mencari peluang trading menggunakan teknik breakout.
-Kebiasaan pasaran akan bergerak aktif apabila terdapat berita ekonomi yang besar.
-Sesi Tokyo kebiasaan menjadi sesi rehat bagi ramai pedagang. Pada sesi ini pedagang hanya melihat peluang untuk digunakan semasa sesi pasaran lain bermula.

Pasangan Mana Harus Anda Dagangkan?

Dalam sesi Tokyo, apabila terdapat berita ekonomi dari Australia, New Zealand dan Jepun keluar, ini memberi peluang yang baik untuk berdagang. 

Harus diingat bahawa China juga merupakan sebuah negara yang mempunyai sistem ekonomi yang cukup hebat, jadi walaupun berita ekonomi keluar dari China, ia boleh memberi kesan kepada pergerakan pasaran sesi Tokyo. Jepun dan Australia yang bergantung kuat kepada ekonomi China menyaksikan pergerakan yang besar dalam matawang AUD dan JPY apabila terdapat event ekonomi dari China.

BILA ANDA BOLEH BERDAGANG FOREX: SESI PERDAGANGAN FOREX

Sekarang anda telah tahu APA itu forex, KENAPA anda patut berdagang forex, dan SIAPA yang terlibat dalam forex, dan sekarang anda akan belajar BILA patut anda berdagang forex.

Kali ini kita akan belajar tentang kepelbagaian sesi berdagang forex.

Ya, benar sekali bahawa pasaran forex berjalan 24-jam sehari, namun tidak bermaksud pergerakan pasaran bergerak aktif sepanjang hari.

Anda boleh melakukan transaksi perdagangan semasa pasaran bergerak naik dan juga bergerak turun.

NAMUN anda akan mengalami satu situasi yang sukar apabila ingin berdagang dalam pasaran yang kelihatan tidak bergerak.

Masa Dalam Pasaran Forex

Sebelum melihat kepada masa yang terbaik untuk berdagang, anda harus melihat bagaimana putaran pasaran forex dunia bergerak.

Pasaran forex boleh dipecahkan kepada empat sesi utama: sesi Sydney, sesi Tokyo, sesi London, dan sesi yang paling diminati iaitu sesi New York. Dibawah merupakan jadual buka dan tutup pasaran bagi setiap sesi (dan harus diingat Malaysia mengguanakan GMT+8):




Anda boleh perhatikan di setiap sesi perdagangan, terdapat masa yang mana waktu buka adalah dalam tempoh yang sama. Contoh pada musim panas, dari jam 3.00-4.00 am EDT, sesi Tokyo dan sesi London bertindih, dan pada musim panas dan sejuk dari 8.00 am-12.00 pm ET, sesi London dan sesi New York bertindih.


Kebiasaanya, waktu ini adalah masa yang paling sibuk dalam sesi perdagangan kerana dua masa pasaran berjalan dalam tempoh yang sama.

Sekarang kita akan melihat pergerakan purata pip untuk pasangan utama dalam setiap sesi perdagangan forex.



Merujuk kepada jadual di atas, anda dapat lihat sesi Eropah kebiasaanya membawa satu gerakan yang lebih aktif berbanding sesi lain.

Thursday 29 September 2016

SEJARAH PERDAGANGAN MATAWANG

 

Semasa berakhirnya Perang Dunia Kedua, seluruh dunia mengalami keadaan yang huru-hara menyebabkan beberapa kerajaan utama Barat merasakan perlu mencipta satu sistem untuk menstabilkan ekonomi global.

Dikenali sebagai "Bretton Woods System," satu persetujuan disepakati untuk menetapkan kadar semua matawang dengan emas. Namun ia juga hanya berkesan untuk satu tempoh yang tidak panjang akibat perkembangan dalam ekonomi menyebabkan sistem ini menjadi semakin usang dan terhad.

Kemudian,menjelang 1971, sistem ini dimansuhkan dan digantikan dengan sistem nilai matawang yang lain. Dengan Amerika Syarikat sebagai ketua, pasaran matawang mula ditentukan oleh penawaran dan permintaan.

Pada peringkat awal, ianya sangat sukar untuk menetukan kadar pertukaran yang adil, namun dengan perkembangan teknologi dan komunikasi segalanya mula menjadi mudah.

Bermula tahun 1990, dengan perkembangan dari segi rangkaian jaringan yang pesat, bank-bank dunia mula menghasilkan platform perdagangan sendiri. Platform ini direka untuk menyiarkan secara langsung harga matawang kepada pelanggan mereka dan pelanggan boleh melaksanakan perdagang mereka sendiri dengan serta-merta.

Namun terdapat sesetengah pemikir dalam perniagaan berpendapat mesin perniagaan yang berasas kepada jaringan internet ini boleh menjadi satu platform kepada orang perseorangan bagi melakukan urusniaga matawang.

Dikenali sebagai "broker forex runcit", entiti ini memudahkan orang perseorangan untuk melakukan urusniaga forex dengan membenarkan saiz perdagangan yang kecil. Tidak seperti pasaran interbank dimana saiz standard ialah 1 juta unit, broker runcit membenarkan individu untuk berdagang dengan saiz serendah 1000 unit!

Broker Forex Runcit

Sebelum ini, hanya spekulator-spekulator besar dan pelabur yang mempunyai modal yang besar sahaja boleh melakukan perdagangan matawang, namun sejak munculnya broker-broker runcit dan perkembangan jaringan internet, ia bukan lagi satu masalah besar bagi individu untuk melakukan transaksi perdagangan matawang.

Sesiapa sahaja boleh membuka akaun, deposit sedikit wang dan melakukan perdagangan forex di mana-mana sahaja. Kebiasaannya para broker ini terdiri daripada dua pihak:

1. Market makers, seperti mana namanya, mereka membuat atau menetapkan harga bid dan ask mengikut kemahuan sendiri dan 

2. Electronic Communications Networks(ECN), pihak yang menggunakan harga bid dan ask  terbaik yang ada buat mereka dari institusi-institusi yang terlibat dalam pasaran interbank.

Market Makers

Katakan anda ingin ke Perancis untuk makan siput yang popular disana. Untuk melakukan transaksi di sana, anda perlu mendapatkan duit euro terlebih dahulu dengan menukar di bank atau pejabat pertukaran matawang tempatan. Jadi dalam urusan ini, anda harus bersetuju dengan kadar pertukaran yang telah mereka tetapkan.

Seperti dalam mana-mana perniagaan, ini adalah satu perangkap. Dalam kes ini, ia dinamakan bid/ask spread.

Untuk lebih jelas, jika pihak bank membuat pembelian harga (bid) untuk EUR/USD ialah 1.2000, dan mereka menjual (ask) pada harga 1.2002, bid/ask spread disini sebanyak 0.0002. Walaupun kelihatan kecil, apabila anda melakukan jutaan transaksi forex setiap hari, ia menghasilkan keuntungan yang lumayan buat broker market makers!
Namun kita juga harus berterima kasih kepada broker market makers kerana tanpa mereka, mungkin sukar buat saya atau anda untuk melakukan transaksi forex :) 

Electronic Communications Network

ECN adalah nama yang diberikan kepada platform trading yang menyesuaikan permintaan buy dan sell pelanggan secara automatik pada harga-harga yang dinyatakan/diberikan.

Harga yang dinyatakan diambil dari bank-bank berlainan.

Broker ECN biasanya mengenakan komisen yang sangat kecil diatas setiap transaksi yang anda lakukan. Kombinasi spread dan komisyen yang kecil biasanya membuatkan kos transaksi lebih murah di broker ECN.

Tuesday 27 September 2016

PEMAIN DALAM PASARAN FOREX

 


Anda telah mengetahui struktur keseluruhan dalam pasaran forex. Sekarang kita akan membincangkan sedikit mendalam mengenai pihak-pihak yang terdapat dalam hairaki seperti tajuk yang lepas. Perkara ini adalah penting untuk anda tahu bagi memahami keseluruhan atmosfera dalam pasaran spot forex dan siapa pemain utama dalam pasaran.

Sehingga lewat tahun 1990, hanya "big players" yang boleh menjalankan urusniaga forex. Perniagaan forex hanya boleh dilakukan jika anda mempunyai dana sebanyak 10 hingga 50 juta pada masa itu. Forex pada asalnya hanya boleh dilaksanakan oleh pihak bank dan institusi-institusi besar, dan bukan "orang kecil" seperti kita. Walau bagaimanapun, akibat perkembangan dalam internet, broker forex online sekarang boleh menawarkan akaun perdagangan kepada trader "runcit" seperti kita pada hari ini.

Disini akan dijelaskan tentang pemain-pemain utama dalam pasaran forex:

1. Bank-bank Besar

Semenjak pasaran forex tidak mempunyai pusat pengurusan, bank-bank besar dunia yang menentukan kadar pertukaran wang dalam pasaran. Berdasar kepada penawaran dan permintaan bagi setiap matawang, mereka yang secara asasnya menetukan bid/ask spread yang kita suka (benci, atau sebagainya). Bank besar atau lebih mudah dipanggil pasaran interbank mengambil secubit amaun dalam setiap transaksi setiap hari. Terdapat beberapa bank besar seperti UBS, Barclays Capital, Deutsche Bank dan Citigroup. Anda boleh katakan bahawa pasaran interbank adalah pemain utama dalam pasaran forex.

2. Syarikat-syarikat Komersial yang Besar

Kebanyakan syarikat besar mengambil bahagian dalam pertukaran matawang asing untuk melangsungkan urusan perniagaan. Sebagai contoh, syarikat Apple terlebih dahulu harus menukar U.S. dollar kepada yen Jepun apabila ingin membeli produk untuk membuat IPhone dari Jepun. Oleh kerana jumlah mereka berurusniaga lebih kecil berbanding dengan pasaran interbank, mereka biasanya akan berurusniaga dengan bank-bank komersial untuk sebarang transaksi. Penggabungan dan pengambilalihan-Mergers and acquisitions (M&A) antara syarikat-syarikat besar juga boleh mencipta turun naik kadar pertukaran matawang. Dalam urusan M&A melibatkan perniagaan melintasi sempadan, banyak pertukaran matawang yang berlaku dan sekaligus memberi impak kepada pergerakan harga dalam pasaran.

3. Kerajaan dan Bank-bank Pusat

Pihak kerajaan dan bank-bank pusat, seperti European Central Bank, Bank of England dan Federal Reserve, biasanya terlibat dalam pasaran forex. Seperti kebanyakan syarikat, kerajaan negara-negara akan melibatkan diri dalam pasaran forex untuk urusan operasi, pembiayaan urusniaga negara dan mengawal simpanan tukaran matawang dalam negara. 

Manakala bagi bank pusat pula, ia boleh mempengaruhi pasaran forex apabila membuat keputusan dalam kadar bunga bagi mengawal inflasi. Apabila kadar bunga diumumkan, ia boleh memberi kesan kepada nilai matawang yang terlibat. Selain itu, ada masanya bank pusat akan campur tangan secara langsung bagi menstabilkan kadar pertukaran matawang. Kadangkala, bank pusat akan fikir bahawa nilai matawang mereka terlalu tinggi atau terlalu rendah, jadi mereka mula operasi buy/sell matawang mereka secara besar-besaran untuk mengubah kadar pertukaran matawang negara tersebut.

4. Spekulator

Para spekulator dalam forex datang dengan bermacam ragam. Walau dengan cara bagaimana mereka datang, motif paling utama melibatkan diri dalam pasaran forex ialah untuk menghasilkan keuntungan melalui pergerakan harga pasangan matawang.

Jangan risau. Berbekalkan perkongsian melalui blog ini, selepas ini anda akan menjadi sebahagian daripada mereka.

Monday 26 September 2016

STRUKTUR PASARAN FOREX

Untuk memudahkan lagi perbandingan ini, ayuh kita mulakan dengan struktur dalam pasaran saham. Struktur dalam pasaran saham kelihatan seperti:


Seperti gambar di atas, pasaran saham kelihatan lebih "monopolistic". Di sini hanya terdapat satu entiti, satu pakar yang mengawal harga. Semua urusniaga harus melalui "PAKAR" ini. Disebabkan hal ini, harga mudah dimanipulasi demi keuntungan "PAKAR", dan bukan pedagang.

Macama mana boleh berlaku?

Dalam pasaran saham, "pakar" terpaksa untuk memenuhi permintaan pelanggan. Sekarang katakakan angka penjual tiba-tiba MELEBIHI angka pembeli. "Pakar" ini terpaksa untuk memenuhi salah satu permintaan pelanggan, contohnya penjual, ia akan meninggalkan sekelompok saham yang tidak boleh dijual lagi kepada pihak yang ingin membeli.

Jadi untuk mengelakkan perkara ini berlaku, "pakar" akan mengenakan spread yang tinggi atau meningkatkan kos transaksi untuk menghalang penjual dari memasuki pasaran. Dalam erti kata lain, "pakar" ini akan memanipulasi pasaran bagi menampung keperluannya.

Urusniaga Spot Forex Tidak Berpusat

Tidak seperti pasaran saham atau futures, anda tidak perlu ke pusat pertukaran seperti BSKL untuk menjalankan transaksi. Dalam pasaran forex, semuanya berjalan secara online mengikut keadaan yang tertentu.


Ini mungkin akan memeningkan anda buat seketika. Namun keadaan inilah yang membuatkan pasaran forex begitu "awesome"! Pasaaran forex amat besar dan persaingan antara pembekal (LP dealer) begitu sengit. Hal ini akan membuatkan anda hampir untuk mendapatkan harga yang terbaik. Anda tidak mahu?

Lagi satu, perkara yang menarik dalam forex adalah anda boleh lakukannya di mana-mana sahaja.

Hairaki Pasaran Forex

Walaupun pasaran forex tidak berpusat, terdapat beberapa pihak yang terlibat mengikut ilustrasi di bawah:


Kedudukan yang paling atas ialah pasaran antara bank. Terdiri daripada bank-bank besar dunia dan segelintir bank-bank kecil, pihak yang terlibat dalam pasaran ini berurusniaga secara langsung diantara mereka atau melalui sistem elektronik seperti Electronic Brokering Services (EBS) atau Reuters Dealing 3000-Spot Matching.

Persaingan antara kedua-dua syarikat ini -EBS dan Reuters Dealing 3000-Spot Matching - sama seperti Coke dan Pepsi. Mereka secara berterusan bersaing untuk mendapatkan pelanggan dan berusaha untuk mendapat tempat dalam pasaran. Disebabkan kedua-dua syarikat menawarkan pasangan matawang yang hampir sama, sesetengah pasangan matawang lebih cair berbanding dengan yang lain.

Untuk platform EBS, EUR/USD, USD/JPY, EUR/JPY, EUR/CHF, dan USD/CHF lebih cair. Manakala bagi platform Reuters pula high liquidity ke atas pasangan GBP/USD, EUR/GBP, USD/CAD, AUD/USD, dan NZD/USD.

Semua bank yang terlibat dalam pasaran antara bank boleh melihat kadar yang ditawarkan antara satu sama lain, namun tidak semestinya setiap orang boleh berurusan dengan kadar harga tersebut.

Peringkat kedua dalam struktur pasaran forex adalah hedge funds, korporat, market maker broker dan broker ECN. Pihak ini melakukan transaksi melalui bank-bank komersial kerana tidak mempunyai perhubungan yang kukuh dengan pihak yang terlibat dalam pasaran interbank. Ini bermaksud, kadar harga adalah sedikit tinggi berbanding pihak yang terlibat dalam pasaran interbank.

Trader runcit (seperti kita) menduduki tangga yang paling bawah. Asalnya ia amat sukar untuk trader runcit terlibat dalam pasaran forex. Namun dengan kecanggihan teknologi yang ada, kesukaran ini sedikit demi sedikit dihakis.

Sekarang anda sudah faham struktur dalam pasaran forex bukan?

Sunday 25 September 2016

FOREX vs SAHAM



Dianggarkan lebih kurang 2,800 senarai saham yang terdapat dalam New York Stock Exchange. Manakala 3,100 lagi tersenarai dalam NASDAQ. Yang mana anda akan pilih untuk berurusniaga?

Dalam perniagaan spot currency, terdapat banyak matawang yang boleh didagangkan, namun majoriti pedagang hanya mengutamakan empat pasangan yang major. Bukankah empat pasangan cukup mudah untuk diuruskan berbanding ribuan senarai dalam saham?

Terdapat lebih daripada satu kelebihan pasaran forex berbanding pasaran saham. Di sini ada beberapa kelebihan:

Pasaran 24-jam

Pasaran forex bergerak lancar selama 24-jam. Kebanyakan broker mula buka platform mereka jam 5 pagi hari isnin sehingga 5 pagi hari sabtu mengikut waktu Malaysia, dengan perkhidmatan pelanggan biasanya bekerja 24/7. Anda boleh memilih untuk berdagang semasa sesi Asia, London, mahupun New York bergantung kepada jadual anda sendiri.

Minimum atau Tiada Komisyen

Kebanyakan broker forex tidak mengenakan komisyen atau caj tambahan kepada pedagang matawang secara online. Kos berdagang forex adalah lebih rendah berbanding dengan pasaran lain. Kebanyakan broker mendapat keuntungan servis melalui bid/ask spread.

Pelaksanaan Segera dalam Market Order

Entry anda akan terlaksana dengan pantas dan cepat di bawah keadaan market normal. Jika anda melihat harga pada paras 1.3200, dan anda entry ketika itu maka posisi anda adalah sama dengan harga semasa iaitu 1.3200.

Tiada Orang Tengah

Pertukaran matawang secara rasmi memberi banyak kelebihan kepada trader. Namun satu masalah di pusat pertukaran wang ialah melibatkan orang tengah. Terdapat satu pihak yang akan menjadi orang tengah antara pembeli dan penjual yang mana sekaligus akan meningkatkan kos urusniaga. Kos mungkin dalam bentuk masa ataupun duit.

Perdagangan spot currency tidak mempunyai pusat dengan maksud ianya tidak perlu melalui orang tengah. Jadi perbandingan antara penjual dan pembeli akan berlaku untuk mendapatkan harga yang terbaik. Jadi secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kos urusan.

Program Jual/Beli Tidak Mengawal Pasaran

Berapa kali pernah anda dengar bahawa pelabur A menjual "X" atau membeli "Z"? Dalam pasaran saham, amat mudah terdedah kepada program jual beli dalam skala yang besar.

Dalam spot trading, peratusan untuk sesetengah pihak mengawal atau memanipulasi pasaran adalah sangat sedikit. Bank, kerajaan, atau mana-mana pihak yang terlibat dalam spot currency adalah bergantung kepada liquidity dalam pasaran.


Jadi antara Forex dan Saham, dilihat Forex lebih kuat dan selamat.

KELEBIHAN BERDAGANG FOREX

 

Terdapat banyak kebaikan dalam urusniaga forex. Disini terdapat beberapa sebab kenapa ramai orang memilih untuk berdagang forex:

Tiada Komisen

Tiada yuran, tiada yuran pertukaran, tiada bayaran kepada kerajaan, tidak ada yuran yang dikenakan oleh broker. Kebanyakan broker mengambil keuntungan di atas servis mereka dengan satu sistem yang dipanggil "bid/ask spread".

Tanpa Orang Tengah

Perdagangan matawang semasa tidak memerlukan orang tengah dan sekaligus membenarkan anda berdagang secara langsung dengan pasaran melalui broker yang menyediakan pasangan matawang yang ingin didagangkan.

Saiz Lot Tidak Tetap

Dalam pasaran masa hadapan, lot atau saiz kontrak ditentukan oleh pihak bursa. Satu saiz standard masa hadapan untuk perak ialah 5,000 auns. Dalam spot forex, anda sendiri yang menentukan lot anda, atau saiz posisi. Ini membenarkan trader untuk melibatkan diri dengan akaun serendah $25 (akan diterangkan kemudian mengapa bermula dengan akaun $25 adalah satu idea yang kurang menarik).

Kos Transaksi yang Rendah

Kos transaksi runcit (bid/ask spread) biasanya kurang dari 0.1% dibawah keadaan market normal. Bagi pembekal-pembekal yang besar (larger dealer), spread biasanya serendah 0.07%. Semestinya ia bergantung kepada leverage anda dan akan diterangkan kemudian.

Pasaran 24-jam

Bermula pagi isnin di Australia sehingga tengahari jumaat di New York, pasaran forex tidak pernah tidur. Hal ini memberi sesuatu yang menarik kepada anda sekiranya ingin menjadi part-time trader atau full-time trader kerana anda boleh memilih masa yang sesuai dengan anda untuk berdagang.

Tidak Ada Pihak yang Boleh Manipulasi Pasaran

Pasaran forex amat besar dan begitu banyak pihak yang terlibat. Jadi tidak ada individu yang boleh mengawal harga pasaran walau pada bila-bila masa sekalipun.

Leverage

Dalam perniagaan forex, jumlah deposit yang kecil mampu mengawal seberapa besar jumlah kontrak. Leverages memberi trader kebolehan untuk membuat keuntungan, dan dalam masa yang sama meminimumkan risiko modal anda.

Sebagai contoh, sebuah broker forex  menawarkan leverage 1:50, ini bermaksud  dengan modal $50 membolehkan trader untuk buy atau sell  matawang yang bernilai $25,000. Namun harus diingat, leverage juga merupakan serampang dua mata. Tanpa pengurusan risiko yang baik, leverage boleh membunuh akaun anda dua kali ganda lebih besar dari keuntungan yang diperolehi.

High Liquidity

Disebabkan oleh pasaran forex yang begitu besar, ia juga satu pasaran yang teramat cair. Ini merupakan satu kelebihan kerana ia memberi maksud dibawah keadaan pasaran normal, dengan sekali klik sahaja anda boleh buy atau sell pasangan matawang dengan kadar segera. Anda tidak akan tersekat ketika berurusniaga. Anda boleh menetapkan platform anda untuk tutup posisi secara automatik apabila sudah mencapai tahap keuntungan yang dirasakan cukup (taking profit). Anda juga boleh menetapkan secara automatik tahap kerugian yang anda mahu tanggung (stop loss).

Halangan yang Rendah untuk Berdagang

Anda mesti fikir untuk bermula sebagai seorang trader forex memerlukan modal yang besar bukan? Secara fakta, apabila dibandingkan dengan urusniaga dalam saham, option dan futures, berdagang forex memerlukan modal yang lebih kecil. Para broker kebiasaan menyediakan akaun trading "mini" dan "mikro" dengan deposit yang paling minimum contohnya $25.
 
Percuma!

Kebiasaan broker forex menyediakan akaun demo untuk anda belajar dan mengasah kemahiran trading dengan pergerakan graf yang sama dengan akaun sebenar. Akaun demo boleh dibuka dengan percuma oleh sesiapa sahaja yang ingin mencuba sebelum menggunakan wang sebenar untuk trading sekaligus anda berada dalam zon sifar risiko.

Kini anda telah pelajari beberapa kelebihan berdagang dalam pasaran forex. Selepas ini kita akan melihat kelebihan forex berbanding saham pula.

Saturday 24 September 2016

KEPELBAGAIAN CARA BERDAGANG FOREX

Pasaran forex adalah sesuatu yang awesome. Para pedagang mencari pelbagai ruang dan jalan untuk melabur atau mentafsir dalam pasaran matawang. Dalam pada itu, antara yang paling popular ialah spot forex, futures, option dan exchange traded funds (ETFs).

Spot Market

Dalam spot market , matawang didagangkan dengan segera atau secara "on the spot", menggunakan harga semasa pasaran. Apa yang menarik mengenai pasaran ini ialah kesederhanaan, liquidity, tight spread dan boleh dilakukan pada bila-bila masa. Ianya amat mudah untuk melibatkan diri dalam pasaran walaupun dengan hanya bermodal $25 ( tidak dicadangkan). Selain itu, kebanyakan broker menyediakan carta, berita, dan penyelidikan secara percuma.

Futures

Pasaran futures merupakan satu kontrak untuk membeli (buy) atau menjual (sell) satu-satu aset pada harga tertentu pada pasaran masa hadapan. Forex futures diperkenalkan oleh Chicago Mercantile Exchange ( CME ) pada tahun 1972.

Options

Pasaran "option" adalah satu instrumen kewangan yang memberi pembeli hak atau pilihan, tapi bukan tanggungjawab, untuk membeli atau menjual satu-satu aset pada harga spesifik pada tarikh pilihan tamat tempoh. Seandainya seorang trader "menjual" satu pilihan, dan dia harus diwajibkan untuk beli atau jual sesuatu aset pada harga spesifik apabila tamat tempoh.

Exchange-traded Funds

Exchange-traded funds atau ETFs adalah ahli baru dalam dunia forex. ETF mengandungi satu set stock yang digabungkan dengan matawang, membenarkan pedagang mempelbagaikan dengan aset-aset yang lain. Ianya dicipta oleh institusi kewangan dan boleh didagangkan seperti saham melalui pertukaran matawang. Seperti forex option, ia tidak didagangkan 24-jam sehari.

*option dan ETFs tidak perlu diberi penekanan*

SAIZ PASARAN DAN KECAIRAN (LIQUIDITY) DALAM PASARAN FOREX

Tidak seperti pasaran kewangan yang lain seperti New York Stock Exchange (NYSE), pasaran forex tidak mempunyai lokasi fizikal atau pusat pertukaran.

Pasaran forex dianggap sebagai satu transaksi tanpa kaunter atau Over-the-Counter (OTC), atau pasaran "Interbank" kerana secara faktanya keseluruhan perjalanan pasaran adalah melalui medium elektronik, dalam lingkungan rangkaian bank, bergerak membatasi masa 24-jam.

Ini bermaksud, pasaran forex yang didagangkan sekarang beroperasi di seluruh dunia tanpa adanya pusat lokasi/operasi. Forex boleh didagangkan dimana-mana walaupun anda berada di Gunung Fuji!

Pasaran forex adalah yang paling besar dan popular dalam pasaran kewangan di seluruh dunia, didagangkan secara global oleh kelompok besar individu dan organisasi.

Dalam pasaran OTC, sesiapa sahaja boleh terlibat dalam bidang forex bergantung kepada beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh broker atau dealer.

Carta di bawah menunjukkan tujuh matawang yang aktif didagangkan.

Dollar menjadi matawang yang paling diminati iaitu sebanyak 89% dalam semua transaksi. Euro berada pada tangga kedua dengan 39.1% manakala Yen pula ditangga ketiga sebanyak 19.0%. Seperti yang anda dapat lihat, matawang utama (major) menjadi tumpuan dalam pasaran.


Carta di atas menunjukkan berapa kerap U.S. dollar didagangkan dalam pasaran forex.

Dollar adalah Raja dalam Pasaran Forex

Anda tentu perasan bahawa U.S. dollar kerap disebut. Hal ini kerana USD boleh dikatakan komponen yang paling penting dalam pasaran forex dan yang paling banyak didagangkan di seluruh dunia.


Secara fakta, merujuk kepada International Monetary Fund (IMF), U.S. dollar terdiri daripada kira-kira 62% keseluruhan rizab pertukaran matawang rasmi dunia! Ini kerana boleh dikatakan setiap pelabur, perniagaan, dan bank pusat itu sendiri, memberi perhatian kepada U.S. dollar.

Disini juga terdapat beberapa sebab lain menjadikan U.S. dollar menjadi pemain utama dalam pasaran forex:

  • Ekonomi Amerika Syarikat adalah yang terbesar di dunia.
  • U.S. dollar merupaka matawang utama dunia.
  • Amerika Syarikat merupakan pasaran kewangan terbesar dan mempunyai kecairan (liqudity) yang tinggi dalam pasaran di dunia.
  • Amerika Syarikat mempunyai sistem politik yang hebat dan stabil.
  • Amerika Syarikat adalah satu kuasa besar dalam ketenteraan di dunia.
  • U.S. dollar menjadi matawang utama dalam setiap transaksi di dunia. Sebagai contoh, harga minyak mentah dinilai dalam U.S. dollar. Jadi sekiranya Mexico mahu membeli minyak mentah dari Arab Saudi, ianya hanya boleh dilakukan dengan matawang U.S. dollar. 


Spekulasi dalam Pasaran Forex

Satu perkara penting yang harus diberi perhatian dalam pasaran forex juga terdapat transaksi pihak komersial dan institusi-institusi kewangan,jadi kebanyakan perdagangan matawang adalah berasaskan kepada spekulasi.

Dalam erti kata yang lain, jumlah dagangan yang datang dari pedagang yang membeli atau menjual pasangan matawang adalah berdasarkan kepada pergerakan harga harian.

Jumlah dagangan yang dilaksanakan oleh para spekulasi melebihi 90%!

Skala dalam pasaran forex ini bermaksud kecairan(liquidity)- jumlah membeli dan menjual yang terjadi pada masa-masa tertentu adalah sangat tinggi.

Ini memberikan kemudahan kepada sesiapa sahaja untuk buy atau sell matawang.

Daripada perspektif pelabur, liquidity begitu penting kerana ia memberitahu perubahan pergerakan harga boleh berlaku dengan mudah dan cepat. Suasana pasaran yang cair seperti forex membenarkan jumlah dagangan yang besar berlaku dengan kesan yang amat sedikit kepada tindakbalas harga.

Walaupun keadaan pasaran sangat cair, tindakbalas dalam pasaran boleh berubah bergantung kepada pasangan matawang yang terlibat.

JUAL DAN BELI DALAM PASARAN MATAWANG


Perdagangan forex adalah satu transaksi beli dan jual pasangan matawang secara serentak. Matawang didagangkan melalui broker atau dealer, dan memperdagangkan pasangan matawang tersebut. Contoh pasangan matawang ialah euro dan U.S. dollar (EUR/USD) atau British pound dan yen Jepun (GBP/JPY).

Apabila anda berdagang dalam pasaran forex, anda buy atau sell pasangan matawang tersebut.

Bayangkan setiap pasangan matawang sentiasa berada dalam keadaan seperti permainan tarik tali. Kadar tukaran akan bergerak turun naik bergantung kepada kekuatan dan kelemahan matawang tersebut.

Pasangan Major

Pasangan matawang yang disenaraikan di bawah dianggan sebagai matawang "utama". Setiap matawang dipasangkan bersama U.S. dollar dan ia seringkali menjadi minat trader seluruh dunia. Pasangan matawang utama lebih cair (liquid) dan didagangkan oleh ramai pedagang.


 Pasangan Cross atau Minor

Pasangan matawang yang tidak mengandungi U.S. dollar pula dikenali sebagai cross-currency atau lebih mudah dipanggil "crosses." Major crosses juga dikenali sebagai "minors." Diantara matawang cross yang aktif didagangkan ialah :EUR, JPY, dan GBP.



Pasangan Matawang Exotic

Pasangan matawang exotic (exotic pairs) ialah apabila salah satu matawang utama (major) dipasangkan bersama-sama dengan matawang yang baru seperti Brazil, Mexico, atau Hungary. Jadual dibawah mengandungi beberapa contoh pasangan matawang exotic.

Harus diingat bahawa exotic pair tidak didagangkan secara aktif seperti major pair atau cross pair.



APA ITU PERDAGANGAN FOREX?

Jawapan yang paling mudah ialah DUIT. Kerana anda tidak membeli barang fizikal, perdagangan forex boleh mengelirukan.

Anda membeli satu-satu matawang sama seperti membeli sesuatu dalam negara tersebut, sama seperti membeli saham dalam satu-satu syarikat. Harga matawang sekarang biasanya merupakan bayangan kepada pandangan semasa dan masa depan untuk sesuatu keadaan ekonomi.

Dalam pasaran forex, bila anda membeli katakan yen Jepun, secara asasnya anda membeli "sesuatu" dalam ekonomi Jepun. Anda mengandaikan ekonomi Jepun akan terus baik, dan mendapat manfaat daripada situasi itu. Apabila anda menjual "sesuatu" itu kembali kepada pasaran, dengan harapan, anda akan mengakhirinya dengan keuntungan.

Secara asasnya, kadar pertukaran matawang antara negara merupakan bayangan kepada keadaan ekonomi sesebuah negara berbanding negara lain.


Simbol matawang mempunyai tiga huruf, dimana dua huruf pertama merujuk kepada nama negata dan huruf ketiga adalah nama matawang negara tersebut.

Contohnya NZD. NZ merujuk kepada New Zealand, manakala D adalah untuk dollar. Cukup mudah bukan?

Matawang yang terdapat dalam jadual di atas dikenali sebagai "major" kerana ianya paling banyak diniagakan dalam pasaran forex.

Sebagai tambahan, "buck" bukanlah satu-satunya nama samaran bagi USD. Ia juga turut dikenali sebagai: greenbacks, bones, benjis,benjamins, cheddar, paper, loot, scrilla, cheese, bread, moolah, dead presidents, dan cash money.

APA ITU FOREX?

Jika anda pernah melancong ke negara luar, anda pasti pernah menemui tempat penukaran wang di lapangan terbang, dan menukar duit yang ada dalam beg duit kepada matawang negara yang anda lawati.

Anda pergi ke kaunter dan perasan terdapat satu paparan yang menunjukkan perbezaan kadar tukaran untuk matawang yang berbeza. Anda melihat matawang "Yen Jepun" dan anda berfikir sendirian, "WOW! Satu dollar saya bersamaan 100 yen!? Dan saya ada 10 dollar! Saya bakal menjadi orang kaya!!!" (Keterujaan ini bakal hilang bila anda berhenti di kedai serbaneka di lapangan terbang untuk membeli 1 tin minuman, dan secara tiba-tiba separuh duit anda hilang :))

Apabila anda melakukan transaksi ini, secara langsung anda telah terlibat dalam pasaran forex! Anda menukar dari satu matawang kepada matawang yang lain. Atau dalam terma forex, anda menjual dollar dan membeli yen.

 Sebelum anda terbang balik ke negara asal, anda berhenti sekali lagi di kaunter tukaran wang untuk menukar baki duit yen yang masih ada kepada dollar dan anda akan perasan kadar pertukaran sudah berubah. Dan perubahan dalam kadar tukaran ini membenarkan anda membuat duit dalam pasaran tukaran wang.

Pasaran tukaran matawang, atau lebih dikenali sebagai "forex" atau "FX" adalah pasaran kewangan terbesar di dunia. Berbanding dengan New York Stock Exchange (NYSE) berjumlah $22.4 billion transaksi dalam sehari, pasaran pertukaran matawang ternyata lebih besar iaitu sebanyak $5.3 TRILLION transaksi dalam sehari.

Pasaran matawang 200 kali lebih besar. Seperti yang dinyatakan transaksi forex adalah sebanyak $5 trillion, namun ia merangkumi kesemua transaksi di dunia. Namun bagi trader runcit (seperti kita), kadar transaksi hanya sekitar $1.49 trillion sahaja. Jadi anda dapat lihat pasaran forex sangat besar, tapi ia tidak sebesar gambaran yang digembar-gemburkan oleh media yang anda percaya sekarang.

Adakah anda telah faham secara keseluruhan tentang pasaran forex? Ini hanya permulaan! Dalam sesi lain,anda akan diberi pendedahan tentang APA itu perniagaan dalam pasaran forex yang sebenar.