Tuesday 27 September 2016

PEMAIN DALAM PASARAN FOREX

 


Anda telah mengetahui struktur keseluruhan dalam pasaran forex. Sekarang kita akan membincangkan sedikit mendalam mengenai pihak-pihak yang terdapat dalam hairaki seperti tajuk yang lepas. Perkara ini adalah penting untuk anda tahu bagi memahami keseluruhan atmosfera dalam pasaran spot forex dan siapa pemain utama dalam pasaran.

Sehingga lewat tahun 1990, hanya "big players" yang boleh menjalankan urusniaga forex. Perniagaan forex hanya boleh dilakukan jika anda mempunyai dana sebanyak 10 hingga 50 juta pada masa itu. Forex pada asalnya hanya boleh dilaksanakan oleh pihak bank dan institusi-institusi besar, dan bukan "orang kecil" seperti kita. Walau bagaimanapun, akibat perkembangan dalam internet, broker forex online sekarang boleh menawarkan akaun perdagangan kepada trader "runcit" seperti kita pada hari ini.

Disini akan dijelaskan tentang pemain-pemain utama dalam pasaran forex:

1. Bank-bank Besar

Semenjak pasaran forex tidak mempunyai pusat pengurusan, bank-bank besar dunia yang menentukan kadar pertukaran wang dalam pasaran. Berdasar kepada penawaran dan permintaan bagi setiap matawang, mereka yang secara asasnya menetukan bid/ask spread yang kita suka (benci, atau sebagainya). Bank besar atau lebih mudah dipanggil pasaran interbank mengambil secubit amaun dalam setiap transaksi setiap hari. Terdapat beberapa bank besar seperti UBS, Barclays Capital, Deutsche Bank dan Citigroup. Anda boleh katakan bahawa pasaran interbank adalah pemain utama dalam pasaran forex.

2. Syarikat-syarikat Komersial yang Besar

Kebanyakan syarikat besar mengambil bahagian dalam pertukaran matawang asing untuk melangsungkan urusan perniagaan. Sebagai contoh, syarikat Apple terlebih dahulu harus menukar U.S. dollar kepada yen Jepun apabila ingin membeli produk untuk membuat IPhone dari Jepun. Oleh kerana jumlah mereka berurusniaga lebih kecil berbanding dengan pasaran interbank, mereka biasanya akan berurusniaga dengan bank-bank komersial untuk sebarang transaksi. Penggabungan dan pengambilalihan-Mergers and acquisitions (M&A) antara syarikat-syarikat besar juga boleh mencipta turun naik kadar pertukaran matawang. Dalam urusan M&A melibatkan perniagaan melintasi sempadan, banyak pertukaran matawang yang berlaku dan sekaligus memberi impak kepada pergerakan harga dalam pasaran.

3. Kerajaan dan Bank-bank Pusat

Pihak kerajaan dan bank-bank pusat, seperti European Central Bank, Bank of England dan Federal Reserve, biasanya terlibat dalam pasaran forex. Seperti kebanyakan syarikat, kerajaan negara-negara akan melibatkan diri dalam pasaran forex untuk urusan operasi, pembiayaan urusniaga negara dan mengawal simpanan tukaran matawang dalam negara. 

Manakala bagi bank pusat pula, ia boleh mempengaruhi pasaran forex apabila membuat keputusan dalam kadar bunga bagi mengawal inflasi. Apabila kadar bunga diumumkan, ia boleh memberi kesan kepada nilai matawang yang terlibat. Selain itu, ada masanya bank pusat akan campur tangan secara langsung bagi menstabilkan kadar pertukaran matawang. Kadangkala, bank pusat akan fikir bahawa nilai matawang mereka terlalu tinggi atau terlalu rendah, jadi mereka mula operasi buy/sell matawang mereka secara besar-besaran untuk mengubah kadar pertukaran matawang negara tersebut.

4. Spekulator

Para spekulator dalam forex datang dengan bermacam ragam. Walau dengan cara bagaimana mereka datang, motif paling utama melibatkan diri dalam pasaran forex ialah untuk menghasilkan keuntungan melalui pergerakan harga pasangan matawang.

Jangan risau. Berbekalkan perkongsian melalui blog ini, selepas ini anda akan menjadi sebahagian daripada mereka.

No comments:

Post a Comment