Saturday 24 September 2016

APA ITU FOREX?

Jika anda pernah melancong ke negara luar, anda pasti pernah menemui tempat penukaran wang di lapangan terbang, dan menukar duit yang ada dalam beg duit kepada matawang negara yang anda lawati.

Anda pergi ke kaunter dan perasan terdapat satu paparan yang menunjukkan perbezaan kadar tukaran untuk matawang yang berbeza. Anda melihat matawang "Yen Jepun" dan anda berfikir sendirian, "WOW! Satu dollar saya bersamaan 100 yen!? Dan saya ada 10 dollar! Saya bakal menjadi orang kaya!!!" (Keterujaan ini bakal hilang bila anda berhenti di kedai serbaneka di lapangan terbang untuk membeli 1 tin minuman, dan secara tiba-tiba separuh duit anda hilang :))

Apabila anda melakukan transaksi ini, secara langsung anda telah terlibat dalam pasaran forex! Anda menukar dari satu matawang kepada matawang yang lain. Atau dalam terma forex, anda menjual dollar dan membeli yen.

 Sebelum anda terbang balik ke negara asal, anda berhenti sekali lagi di kaunter tukaran wang untuk menukar baki duit yen yang masih ada kepada dollar dan anda akan perasan kadar pertukaran sudah berubah. Dan perubahan dalam kadar tukaran ini membenarkan anda membuat duit dalam pasaran tukaran wang.

Pasaran tukaran matawang, atau lebih dikenali sebagai "forex" atau "FX" adalah pasaran kewangan terbesar di dunia. Berbanding dengan New York Stock Exchange (NYSE) berjumlah $22.4 billion transaksi dalam sehari, pasaran pertukaran matawang ternyata lebih besar iaitu sebanyak $5.3 TRILLION transaksi dalam sehari.

Pasaran matawang 200 kali lebih besar. Seperti yang dinyatakan transaksi forex adalah sebanyak $5 trillion, namun ia merangkumi kesemua transaksi di dunia. Namun bagi trader runcit (seperti kita), kadar transaksi hanya sekitar $1.49 trillion sahaja. Jadi anda dapat lihat pasaran forex sangat besar, tapi ia tidak sebesar gambaran yang digembar-gemburkan oleh media yang anda percaya sekarang.

Adakah anda telah faham secara keseluruhan tentang pasaran forex? Ini hanya permulaan! Dalam sesi lain,anda akan diberi pendedahan tentang APA itu perniagaan dalam pasaran forex yang sebenar.

No comments:

Post a Comment