Sunday 9 September 2018

3 JENIS FOREX CHART DAN CARA MEMBACANYA

Sekarang kita akan melihat kepada tiga jenis forex chart yang paling popular:

- Line chart
- Bar chart
- Candlestick chart

Sekarang kami akan terangkan setiap jenis chart tersebut dan kenapa anda patut mengenalinya.

Line Charts

Secara ringkas, line chart dilukis dengan garisan dari satu harga yang ditutup kepada harga yang ditutup berikutnya.

Apabila harga yang ditutup disambungkan ,kita dapat melihat pergerakan harga umum pasangan mata wang dalam tempoh masa tertentu.

Ini adalah contoh line chart:

Imej dari Babypips.com


Bar Charts

Bar chart sedikit kompleks. Ia menunjukkan harga pembukaan,penutupan dan juga high dan low.

Bahagian bawah bar menegak menandakan harga yang didagangkan terendah untuk tempoh waktu itu, sementara bahagian atas bar menandakan harga tertinggi.

Bar menegak itu sendiri menunjukkan jarak dagangan pasangan mata wang secara keseluruhan.

Palang mendatar di sebelah kiri bar adalah harga pembukaan, dan palang mendatar sisi kanan adalah harga penutupan.

Ini adalah contoh bar chart:

Imej dari Babypips.com

Satu bar menunjukkan hanya satu segmen masa, sama ada satu hari, satu minggu atau satu jam bergantung kepada rangka waktu yang digunakan.

Carta bar juga dipanggil carta "OHLC", kerana ia menunjukkan harga buka, harga tertinggi, terendah, dan harga tutup untuk mata wang tertentu.

Contoh bar harga:

Imej dari Babypips.com


Open: Garisan mendatar sedikit di sebelah kiri ialah harga pembukaan

High: Bahagian atas garisan menegak menentukan harga tertinggi dalam satu-satu tempoh masa

Low: Bahagian bawah garisan menegak menentukan harga terendah dalam satu-satu tempoh masa

Close: Garisan mendatar sedikit di sebelah kanan adalah harga penutupan


Candlesticks Charts

Carta candlestick menunjukkan maklumat harga yang sama seperti carta bar, tetapi dalam format grafik yang lebih cantik.

Bar candlestick masih menunjukkan julat tinggi hingga rendah dengan garis menegak.

Walau bagaimanapun, dalam charting candlestick, blok yang lebih besar (atau body) di tengah menunjukkan julat antara harga pembukaan dan penutupan.

Secara tradisinya, jika blok di tengahnya diisi atau diwarnai, maka pasangan mata wang ditutup lebih rendah dari yang dibuka.

Dalam contoh berikut, warna 'diisi' adalah hitam. Untuk blok 'diisi', bahagian atas blok adalah harga pembukaan, dan bahagian bawah blok adalah harga penutupan.

Jika harga penutup lebih tinggi dari harga pembukaan, maka blok di tengah akan "putih" atau berongga atau tidak terisi.


Imej dari Babypips.com


Tujuan carta candlestick adalah untuk membantu sebagai bantuan visual, kerana maklumat yang sama berlaku pada carta bar OHLC.

Kelebihan carta candlestick adalah:

- Candlestick mudah difahami, dan merupakan tempat yang baik untuk pemula bagi memulakan analisis carta forex.
- Candlesticks mudah digunakan! Anda dapat menyesuaikan diri dengan serta-merta kepada maklumat dalam bentuk visual bar. Selain itu, penyelidikan menunjukkan bahawa visual membantu dalam pelajaran, jadi ia mungkin membantu dalam perdagangan juga!
- Corak candlestick mempunyai nama-nama yang bagus seperti "shooting star," yang membantu anda mengingati bentuk coraknya.
- Candlesticks adalah visual terbaik untuk mengenal pasti titik perubahan pasaran - pembalikan dari arah aliran menaik ke aliran menurun atau aliran menurun ke aliran menaik. Anda akan mengetahui lebih lanjut mengenai ini nanti.

Sekarang anda tahu mengapa candlestick begitu kool, dan kami akan menggunakan chart Candlestick dalam setiap contoh graf dalam laman ini.

Saturday 11 August 2018

ANALISA DAGANGAN FOREX MANA YANG TERBAIK?

Soalan yang paling popular dalam kalangan trader forex dunia dan Malaysia.

Sepanjang perjalanan anda sebagai forex trader yang mempunyai cita-cita dan impian, anda akan menemui kekuatan di setiap analisa yang telah dibincangkan dalam artikel sebelum ini.

Jangan pernah ditipu dan diperbodohkan oleh satu bahagian sahaja. Mungkin anda terlalu ekstrem pada bahagian yang salah. Anda harus memerhati pergerakan pasaran dengan pandangan dan jalan yang berbeza.

Asasnya, anda perlu mencuba beberapa jenis analisis dalam perdagangan dan mencari satu analisa yang mampu memberi keselesaan dan keuntungan buat anda.

Sebagai ulangan, analisa teknikal adalah berdasar kepada pergerakan matawang pada chart manakala fundamental pula merujuk kepada aktiviti ekonomi yang berlaku dalam sesebuah negara.

Analisa sentimen pasaran menentukan sama ada pasaran berada dalam keadaan bullish atau bearish berdasar kepada pandangan fundamental semasa atau masa hadapan sesebuah negara.

Faktor fundamental membentuk sentimen, manakala analisa teknikal membantu kita menggambarkan sentimen tersebut untuk mengaplikasikan tatakerja yang bagus dalam membina idea perdagangan.

Ini merupakan kaedah yang dapat membantu anda mencipta idea perdagangan yang baik dan bagus.

Kesemua bentuk price action yang lepas dan gambaran ekonomi terdapat disini - apa yang perlu anda lakukan adalah berfikir di luar kotak dan gabungkan kesemua analisa ini untuk menguji kemahiran anda.

Ini adalah gambaran yang jelas untuk memberi anda kefahaman tentang kepentingan ketiga-tiga jenis analisa ini.

Buang salah satu dari tiga kaki ini, bolehkan kekuda ini berdiri dengan kukuh?

Gambar asal dari Babypips.com


Untuk menjadi seorang trader forex sejati, anda perlu untuk mengetahui bagaimana untuk menggunakan ketiga-tiga jenis analisa ini untuk memahami pasaran forex.

Anda harus belajar untuk seimbangkan kesemua dari jenis analisa dinatas. Dengan cara ini anda akan dapat menjadi seorang pedagang forex yang berjaya.

Saturday 3 March 2018

KAEDAH ANALISIS (SENTIMEN)

Sebelum ini ada saya katakan bahawa tindakan harga harus secara teorinya mencerminkan semua maklumat pasaran yang ada, namun bagi pedagang-pedagang forex, ianya tidaklah sebegitu mudah.

Inilah sebabnya mengapa analisis sentimen adalah penting. Setiap pedagang forex mempunyai padangan yang berbeza-beza di atas setiap tindakan harga dalam pasaran.

Pemikiran dan pendapat setiap pedagang, yang dinyatakan melalui apa-apa posisi yang diambil sekalipun, ia sedikit sebanyak membentuk sentimen keseluruhan pasaran tanpa mengira apa jenis data yang dikeluarkan.

Masalahnya ialah, sebagai pedagang kecil, tidak kira betapa kuatnya anda merasakan tentang sesuatu dalam pasaran, anda tidak dapat membuat pasaran forex bergerak mengikut perasaan anda.

Sekalipun anda benar-benar percaya bahawa dolar akan naik, dan dalam masa yang sama semua pedagang lain menjual dolar, tidak ada yang anda dapat lakukan terhadapnya (kecuali anda salah seorang dari GS - George Soros atau Goldman Sachs).

Sebagai seorang pedagang, anda perlu mengambil kira semua ini sebagai pertimbangan. Anda perlu melakukan analisis sentimen. Ianya terserah kepada anda untuk mengukur keadaan dan perasaan pasaran sekarang sama ada bergerak naik atau turun.

Kemudian anda harus membuat keputusan bagaimana cara dan kaedah untuk memasukkan persepsi anda tentang sentimen pasaran kedalam strategi perdagangan anda.

Jika anda memilih untuk mengabaikan sentimen pasaran, itu adalah pilihan anda. Namun anda harus ingat, kemampuan mengukur sentimen pasaran atau analisa sentimen boleh menjadi salah satu alat penting dalam kotak perdagangan anda.

Dalam topik yang lain, anda akan diajar dan didedahkan bagaimana cara untuk menganalisa sentimen pasaran matawang dan bagaimana untuk menggunakan kelebihan itu.

Imej dari Babypips.com