Thursday 29 September 2016

SEJARAH PERDAGANGAN MATAWANG

 

Semasa berakhirnya Perang Dunia Kedua, seluruh dunia mengalami keadaan yang huru-hara menyebabkan beberapa kerajaan utama Barat merasakan perlu mencipta satu sistem untuk menstabilkan ekonomi global.

Dikenali sebagai "Bretton Woods System," satu persetujuan disepakati untuk menetapkan kadar semua matawang dengan emas. Namun ia juga hanya berkesan untuk satu tempoh yang tidak panjang akibat perkembangan dalam ekonomi menyebabkan sistem ini menjadi semakin usang dan terhad.

Kemudian,menjelang 1971, sistem ini dimansuhkan dan digantikan dengan sistem nilai matawang yang lain. Dengan Amerika Syarikat sebagai ketua, pasaran matawang mula ditentukan oleh penawaran dan permintaan.

Pada peringkat awal, ianya sangat sukar untuk menetukan kadar pertukaran yang adil, namun dengan perkembangan teknologi dan komunikasi segalanya mula menjadi mudah.

Bermula tahun 1990, dengan perkembangan dari segi rangkaian jaringan yang pesat, bank-bank dunia mula menghasilkan platform perdagangan sendiri. Platform ini direka untuk menyiarkan secara langsung harga matawang kepada pelanggan mereka dan pelanggan boleh melaksanakan perdagang mereka sendiri dengan serta-merta.

Namun terdapat sesetengah pemikir dalam perniagaan berpendapat mesin perniagaan yang berasas kepada jaringan internet ini boleh menjadi satu platform kepada orang perseorangan bagi melakukan urusniaga matawang.

Dikenali sebagai "broker forex runcit", entiti ini memudahkan orang perseorangan untuk melakukan urusniaga forex dengan membenarkan saiz perdagangan yang kecil. Tidak seperti pasaran interbank dimana saiz standard ialah 1 juta unit, broker runcit membenarkan individu untuk berdagang dengan saiz serendah 1000 unit!

Broker Forex Runcit

Sebelum ini, hanya spekulator-spekulator besar dan pelabur yang mempunyai modal yang besar sahaja boleh melakukan perdagangan matawang, namun sejak munculnya broker-broker runcit dan perkembangan jaringan internet, ia bukan lagi satu masalah besar bagi individu untuk melakukan transaksi perdagangan matawang.

Sesiapa sahaja boleh membuka akaun, deposit sedikit wang dan melakukan perdagangan forex di mana-mana sahaja. Kebiasaannya para broker ini terdiri daripada dua pihak:

1. Market makers, seperti mana namanya, mereka membuat atau menetapkan harga bid dan ask mengikut kemahuan sendiri dan 

2. Electronic Communications Networks(ECN), pihak yang menggunakan harga bid dan ask  terbaik yang ada buat mereka dari institusi-institusi yang terlibat dalam pasaran interbank.

Market Makers

Katakan anda ingin ke Perancis untuk makan siput yang popular disana. Untuk melakukan transaksi di sana, anda perlu mendapatkan duit euro terlebih dahulu dengan menukar di bank atau pejabat pertukaran matawang tempatan. Jadi dalam urusan ini, anda harus bersetuju dengan kadar pertukaran yang telah mereka tetapkan.

Seperti dalam mana-mana perniagaan, ini adalah satu perangkap. Dalam kes ini, ia dinamakan bid/ask spread.

Untuk lebih jelas, jika pihak bank membuat pembelian harga (bid) untuk EUR/USD ialah 1.2000, dan mereka menjual (ask) pada harga 1.2002, bid/ask spread disini sebanyak 0.0002. Walaupun kelihatan kecil, apabila anda melakukan jutaan transaksi forex setiap hari, ia menghasilkan keuntungan yang lumayan buat broker market makers!
Namun kita juga harus berterima kasih kepada broker market makers kerana tanpa mereka, mungkin sukar buat saya atau anda untuk melakukan transaksi forex :) 

Electronic Communications Network

ECN adalah nama yang diberikan kepada platform trading yang menyesuaikan permintaan buy dan sell pelanggan secara automatik pada harga-harga yang dinyatakan/diberikan.

Harga yang dinyatakan diambil dari bank-bank berlainan.

Broker ECN biasanya mengenakan komisen yang sangat kecil diatas setiap transaksi yang anda lakukan. Kombinasi spread dan komisyen yang kecil biasanya membuatkan kos transaksi lebih murah di broker ECN.

Tuesday 27 September 2016

PEMAIN DALAM PASARAN FOREX

 


Anda telah mengetahui struktur keseluruhan dalam pasaran forex. Sekarang kita akan membincangkan sedikit mendalam mengenai pihak-pihak yang terdapat dalam hairaki seperti tajuk yang lepas. Perkara ini adalah penting untuk anda tahu bagi memahami keseluruhan atmosfera dalam pasaran spot forex dan siapa pemain utama dalam pasaran.

Sehingga lewat tahun 1990, hanya "big players" yang boleh menjalankan urusniaga forex. Perniagaan forex hanya boleh dilakukan jika anda mempunyai dana sebanyak 10 hingga 50 juta pada masa itu. Forex pada asalnya hanya boleh dilaksanakan oleh pihak bank dan institusi-institusi besar, dan bukan "orang kecil" seperti kita. Walau bagaimanapun, akibat perkembangan dalam internet, broker forex online sekarang boleh menawarkan akaun perdagangan kepada trader "runcit" seperti kita pada hari ini.

Disini akan dijelaskan tentang pemain-pemain utama dalam pasaran forex:

1. Bank-bank Besar

Semenjak pasaran forex tidak mempunyai pusat pengurusan, bank-bank besar dunia yang menentukan kadar pertukaran wang dalam pasaran. Berdasar kepada penawaran dan permintaan bagi setiap matawang, mereka yang secara asasnya menetukan bid/ask spread yang kita suka (benci, atau sebagainya). Bank besar atau lebih mudah dipanggil pasaran interbank mengambil secubit amaun dalam setiap transaksi setiap hari. Terdapat beberapa bank besar seperti UBS, Barclays Capital, Deutsche Bank dan Citigroup. Anda boleh katakan bahawa pasaran interbank adalah pemain utama dalam pasaran forex.

2. Syarikat-syarikat Komersial yang Besar

Kebanyakan syarikat besar mengambil bahagian dalam pertukaran matawang asing untuk melangsungkan urusan perniagaan. Sebagai contoh, syarikat Apple terlebih dahulu harus menukar U.S. dollar kepada yen Jepun apabila ingin membeli produk untuk membuat IPhone dari Jepun. Oleh kerana jumlah mereka berurusniaga lebih kecil berbanding dengan pasaran interbank, mereka biasanya akan berurusniaga dengan bank-bank komersial untuk sebarang transaksi. Penggabungan dan pengambilalihan-Mergers and acquisitions (M&A) antara syarikat-syarikat besar juga boleh mencipta turun naik kadar pertukaran matawang. Dalam urusan M&A melibatkan perniagaan melintasi sempadan, banyak pertukaran matawang yang berlaku dan sekaligus memberi impak kepada pergerakan harga dalam pasaran.

3. Kerajaan dan Bank-bank Pusat

Pihak kerajaan dan bank-bank pusat, seperti European Central Bank, Bank of England dan Federal Reserve, biasanya terlibat dalam pasaran forex. Seperti kebanyakan syarikat, kerajaan negara-negara akan melibatkan diri dalam pasaran forex untuk urusan operasi, pembiayaan urusniaga negara dan mengawal simpanan tukaran matawang dalam negara. 

Manakala bagi bank pusat pula, ia boleh mempengaruhi pasaran forex apabila membuat keputusan dalam kadar bunga bagi mengawal inflasi. Apabila kadar bunga diumumkan, ia boleh memberi kesan kepada nilai matawang yang terlibat. Selain itu, ada masanya bank pusat akan campur tangan secara langsung bagi menstabilkan kadar pertukaran matawang. Kadangkala, bank pusat akan fikir bahawa nilai matawang mereka terlalu tinggi atau terlalu rendah, jadi mereka mula operasi buy/sell matawang mereka secara besar-besaran untuk mengubah kadar pertukaran matawang negara tersebut.

4. Spekulator

Para spekulator dalam forex datang dengan bermacam ragam. Walau dengan cara bagaimana mereka datang, motif paling utama melibatkan diri dalam pasaran forex ialah untuk menghasilkan keuntungan melalui pergerakan harga pasangan matawang.

Jangan risau. Berbekalkan perkongsian melalui blog ini, selepas ini anda akan menjadi sebahagian daripada mereka.

Monday 26 September 2016

STRUKTUR PASARAN FOREX

Untuk memudahkan lagi perbandingan ini, ayuh kita mulakan dengan struktur dalam pasaran saham. Struktur dalam pasaran saham kelihatan seperti:


Seperti gambar di atas, pasaran saham kelihatan lebih "monopolistic". Di sini hanya terdapat satu entiti, satu pakar yang mengawal harga. Semua urusniaga harus melalui "PAKAR" ini. Disebabkan hal ini, harga mudah dimanipulasi demi keuntungan "PAKAR", dan bukan pedagang.

Macama mana boleh berlaku?

Dalam pasaran saham, "pakar" terpaksa untuk memenuhi permintaan pelanggan. Sekarang katakakan angka penjual tiba-tiba MELEBIHI angka pembeli. "Pakar" ini terpaksa untuk memenuhi salah satu permintaan pelanggan, contohnya penjual, ia akan meninggalkan sekelompok saham yang tidak boleh dijual lagi kepada pihak yang ingin membeli.

Jadi untuk mengelakkan perkara ini berlaku, "pakar" akan mengenakan spread yang tinggi atau meningkatkan kos transaksi untuk menghalang penjual dari memasuki pasaran. Dalam erti kata lain, "pakar" ini akan memanipulasi pasaran bagi menampung keperluannya.

Urusniaga Spot Forex Tidak Berpusat

Tidak seperti pasaran saham atau futures, anda tidak perlu ke pusat pertukaran seperti BSKL untuk menjalankan transaksi. Dalam pasaran forex, semuanya berjalan secara online mengikut keadaan yang tertentu.


Ini mungkin akan memeningkan anda buat seketika. Namun keadaan inilah yang membuatkan pasaran forex begitu "awesome"! Pasaaran forex amat besar dan persaingan antara pembekal (LP dealer) begitu sengit. Hal ini akan membuatkan anda hampir untuk mendapatkan harga yang terbaik. Anda tidak mahu?

Lagi satu, perkara yang menarik dalam forex adalah anda boleh lakukannya di mana-mana sahaja.

Hairaki Pasaran Forex

Walaupun pasaran forex tidak berpusat, terdapat beberapa pihak yang terlibat mengikut ilustrasi di bawah:


Kedudukan yang paling atas ialah pasaran antara bank. Terdiri daripada bank-bank besar dunia dan segelintir bank-bank kecil, pihak yang terlibat dalam pasaran ini berurusniaga secara langsung diantara mereka atau melalui sistem elektronik seperti Electronic Brokering Services (EBS) atau Reuters Dealing 3000-Spot Matching.

Persaingan antara kedua-dua syarikat ini -EBS dan Reuters Dealing 3000-Spot Matching - sama seperti Coke dan Pepsi. Mereka secara berterusan bersaing untuk mendapatkan pelanggan dan berusaha untuk mendapat tempat dalam pasaran. Disebabkan kedua-dua syarikat menawarkan pasangan matawang yang hampir sama, sesetengah pasangan matawang lebih cair berbanding dengan yang lain.

Untuk platform EBS, EUR/USD, USD/JPY, EUR/JPY, EUR/CHF, dan USD/CHF lebih cair. Manakala bagi platform Reuters pula high liquidity ke atas pasangan GBP/USD, EUR/GBP, USD/CAD, AUD/USD, dan NZD/USD.

Semua bank yang terlibat dalam pasaran antara bank boleh melihat kadar yang ditawarkan antara satu sama lain, namun tidak semestinya setiap orang boleh berurusan dengan kadar harga tersebut.

Peringkat kedua dalam struktur pasaran forex adalah hedge funds, korporat, market maker broker dan broker ECN. Pihak ini melakukan transaksi melalui bank-bank komersial kerana tidak mempunyai perhubungan yang kukuh dengan pihak yang terlibat dalam pasaran interbank. Ini bermaksud, kadar harga adalah sedikit tinggi berbanding pihak yang terlibat dalam pasaran interbank.

Trader runcit (seperti kita) menduduki tangga yang paling bawah. Asalnya ia amat sukar untuk trader runcit terlibat dalam pasaran forex. Namun dengan kecanggihan teknologi yang ada, kesukaran ini sedikit demi sedikit dihakis.

Sekarang anda sudah faham struktur dalam pasaran forex bukan?

Sunday 25 September 2016

FOREX vs SAHAM



Dianggarkan lebih kurang 2,800 senarai saham yang terdapat dalam New York Stock Exchange. Manakala 3,100 lagi tersenarai dalam NASDAQ. Yang mana anda akan pilih untuk berurusniaga?

Dalam perniagaan spot currency, terdapat banyak matawang yang boleh didagangkan, namun majoriti pedagang hanya mengutamakan empat pasangan yang major. Bukankah empat pasangan cukup mudah untuk diuruskan berbanding ribuan senarai dalam saham?

Terdapat lebih daripada satu kelebihan pasaran forex berbanding pasaran saham. Di sini ada beberapa kelebihan:

Pasaran 24-jam

Pasaran forex bergerak lancar selama 24-jam. Kebanyakan broker mula buka platform mereka jam 5 pagi hari isnin sehingga 5 pagi hari sabtu mengikut waktu Malaysia, dengan perkhidmatan pelanggan biasanya bekerja 24/7. Anda boleh memilih untuk berdagang semasa sesi Asia, London, mahupun New York bergantung kepada jadual anda sendiri.

Minimum atau Tiada Komisyen

Kebanyakan broker forex tidak mengenakan komisyen atau caj tambahan kepada pedagang matawang secara online. Kos berdagang forex adalah lebih rendah berbanding dengan pasaran lain. Kebanyakan broker mendapat keuntungan servis melalui bid/ask spread.

Pelaksanaan Segera dalam Market Order

Entry anda akan terlaksana dengan pantas dan cepat di bawah keadaan market normal. Jika anda melihat harga pada paras 1.3200, dan anda entry ketika itu maka posisi anda adalah sama dengan harga semasa iaitu 1.3200.

Tiada Orang Tengah

Pertukaran matawang secara rasmi memberi banyak kelebihan kepada trader. Namun satu masalah di pusat pertukaran wang ialah melibatkan orang tengah. Terdapat satu pihak yang akan menjadi orang tengah antara pembeli dan penjual yang mana sekaligus akan meningkatkan kos urusniaga. Kos mungkin dalam bentuk masa ataupun duit.

Perdagangan spot currency tidak mempunyai pusat dengan maksud ianya tidak perlu melalui orang tengah. Jadi perbandingan antara penjual dan pembeli akan berlaku untuk mendapatkan harga yang terbaik. Jadi secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kos urusan.

Program Jual/Beli Tidak Mengawal Pasaran

Berapa kali pernah anda dengar bahawa pelabur A menjual "X" atau membeli "Z"? Dalam pasaran saham, amat mudah terdedah kepada program jual beli dalam skala yang besar.

Dalam spot trading, peratusan untuk sesetengah pihak mengawal atau memanipulasi pasaran adalah sangat sedikit. Bank, kerajaan, atau mana-mana pihak yang terlibat dalam spot currency adalah bergantung kepada liquidity dalam pasaran.


Jadi antara Forex dan Saham, dilihat Forex lebih kuat dan selamat.

KELEBIHAN BERDAGANG FOREX

 

Terdapat banyak kebaikan dalam urusniaga forex. Disini terdapat beberapa sebab kenapa ramai orang memilih untuk berdagang forex:

Tiada Komisen

Tiada yuran, tiada yuran pertukaran, tiada bayaran kepada kerajaan, tidak ada yuran yang dikenakan oleh broker. Kebanyakan broker mengambil keuntungan di atas servis mereka dengan satu sistem yang dipanggil "bid/ask spread".

Tanpa Orang Tengah

Perdagangan matawang semasa tidak memerlukan orang tengah dan sekaligus membenarkan anda berdagang secara langsung dengan pasaran melalui broker yang menyediakan pasangan matawang yang ingin didagangkan.

Saiz Lot Tidak Tetap

Dalam pasaran masa hadapan, lot atau saiz kontrak ditentukan oleh pihak bursa. Satu saiz standard masa hadapan untuk perak ialah 5,000 auns. Dalam spot forex, anda sendiri yang menentukan lot anda, atau saiz posisi. Ini membenarkan trader untuk melibatkan diri dengan akaun serendah $25 (akan diterangkan kemudian mengapa bermula dengan akaun $25 adalah satu idea yang kurang menarik).

Kos Transaksi yang Rendah

Kos transaksi runcit (bid/ask spread) biasanya kurang dari 0.1% dibawah keadaan market normal. Bagi pembekal-pembekal yang besar (larger dealer), spread biasanya serendah 0.07%. Semestinya ia bergantung kepada leverage anda dan akan diterangkan kemudian.

Pasaran 24-jam

Bermula pagi isnin di Australia sehingga tengahari jumaat di New York, pasaran forex tidak pernah tidur. Hal ini memberi sesuatu yang menarik kepada anda sekiranya ingin menjadi part-time trader atau full-time trader kerana anda boleh memilih masa yang sesuai dengan anda untuk berdagang.

Tidak Ada Pihak yang Boleh Manipulasi Pasaran

Pasaran forex amat besar dan begitu banyak pihak yang terlibat. Jadi tidak ada individu yang boleh mengawal harga pasaran walau pada bila-bila masa sekalipun.

Leverage

Dalam perniagaan forex, jumlah deposit yang kecil mampu mengawal seberapa besar jumlah kontrak. Leverages memberi trader kebolehan untuk membuat keuntungan, dan dalam masa yang sama meminimumkan risiko modal anda.

Sebagai contoh, sebuah broker forex  menawarkan leverage 1:50, ini bermaksud  dengan modal $50 membolehkan trader untuk buy atau sell  matawang yang bernilai $25,000. Namun harus diingat, leverage juga merupakan serampang dua mata. Tanpa pengurusan risiko yang baik, leverage boleh membunuh akaun anda dua kali ganda lebih besar dari keuntungan yang diperolehi.

High Liquidity

Disebabkan oleh pasaran forex yang begitu besar, ia juga satu pasaran yang teramat cair. Ini merupakan satu kelebihan kerana ia memberi maksud dibawah keadaan pasaran normal, dengan sekali klik sahaja anda boleh buy atau sell pasangan matawang dengan kadar segera. Anda tidak akan tersekat ketika berurusniaga. Anda boleh menetapkan platform anda untuk tutup posisi secara automatik apabila sudah mencapai tahap keuntungan yang dirasakan cukup (taking profit). Anda juga boleh menetapkan secara automatik tahap kerugian yang anda mahu tanggung (stop loss).

Halangan yang Rendah untuk Berdagang

Anda mesti fikir untuk bermula sebagai seorang trader forex memerlukan modal yang besar bukan? Secara fakta, apabila dibandingkan dengan urusniaga dalam saham, option dan futures, berdagang forex memerlukan modal yang lebih kecil. Para broker kebiasaan menyediakan akaun trading "mini" dan "mikro" dengan deposit yang paling minimum contohnya $25.
 
Percuma!

Kebiasaan broker forex menyediakan akaun demo untuk anda belajar dan mengasah kemahiran trading dengan pergerakan graf yang sama dengan akaun sebenar. Akaun demo boleh dibuka dengan percuma oleh sesiapa sahaja yang ingin mencuba sebelum menggunakan wang sebenar untuk trading sekaligus anda berada dalam zon sifar risiko.

Kini anda telah pelajari beberapa kelebihan berdagang dalam pasaran forex. Selepas ini kita akan melihat kelebihan forex berbanding saham pula.

Saturday 24 September 2016

KEPELBAGAIAN CARA BERDAGANG FOREX

Pasaran forex adalah sesuatu yang awesome. Para pedagang mencari pelbagai ruang dan jalan untuk melabur atau mentafsir dalam pasaran matawang. Dalam pada itu, antara yang paling popular ialah spot forex, futures, option dan exchange traded funds (ETFs).

Spot Market

Dalam spot market , matawang didagangkan dengan segera atau secara "on the spot", menggunakan harga semasa pasaran. Apa yang menarik mengenai pasaran ini ialah kesederhanaan, liquidity, tight spread dan boleh dilakukan pada bila-bila masa. Ianya amat mudah untuk melibatkan diri dalam pasaran walaupun dengan hanya bermodal $25 ( tidak dicadangkan). Selain itu, kebanyakan broker menyediakan carta, berita, dan penyelidikan secara percuma.

Futures

Pasaran futures merupakan satu kontrak untuk membeli (buy) atau menjual (sell) satu-satu aset pada harga tertentu pada pasaran masa hadapan. Forex futures diperkenalkan oleh Chicago Mercantile Exchange ( CME ) pada tahun 1972.

Options

Pasaran "option" adalah satu instrumen kewangan yang memberi pembeli hak atau pilihan, tapi bukan tanggungjawab, untuk membeli atau menjual satu-satu aset pada harga spesifik pada tarikh pilihan tamat tempoh. Seandainya seorang trader "menjual" satu pilihan, dan dia harus diwajibkan untuk beli atau jual sesuatu aset pada harga spesifik apabila tamat tempoh.

Exchange-traded Funds

Exchange-traded funds atau ETFs adalah ahli baru dalam dunia forex. ETF mengandungi satu set stock yang digabungkan dengan matawang, membenarkan pedagang mempelbagaikan dengan aset-aset yang lain. Ianya dicipta oleh institusi kewangan dan boleh didagangkan seperti saham melalui pertukaran matawang. Seperti forex option, ia tidak didagangkan 24-jam sehari.

*option dan ETFs tidak perlu diberi penekanan*

SAIZ PASARAN DAN KECAIRAN (LIQUIDITY) DALAM PASARAN FOREX

Tidak seperti pasaran kewangan yang lain seperti New York Stock Exchange (NYSE), pasaran forex tidak mempunyai lokasi fizikal atau pusat pertukaran.

Pasaran forex dianggap sebagai satu transaksi tanpa kaunter atau Over-the-Counter (OTC), atau pasaran "Interbank" kerana secara faktanya keseluruhan perjalanan pasaran adalah melalui medium elektronik, dalam lingkungan rangkaian bank, bergerak membatasi masa 24-jam.

Ini bermaksud, pasaran forex yang didagangkan sekarang beroperasi di seluruh dunia tanpa adanya pusat lokasi/operasi. Forex boleh didagangkan dimana-mana walaupun anda berada di Gunung Fuji!

Pasaran forex adalah yang paling besar dan popular dalam pasaran kewangan di seluruh dunia, didagangkan secara global oleh kelompok besar individu dan organisasi.

Dalam pasaran OTC, sesiapa sahaja boleh terlibat dalam bidang forex bergantung kepada beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh broker atau dealer.

Carta di bawah menunjukkan tujuh matawang yang aktif didagangkan.

Dollar menjadi matawang yang paling diminati iaitu sebanyak 89% dalam semua transaksi. Euro berada pada tangga kedua dengan 39.1% manakala Yen pula ditangga ketiga sebanyak 19.0%. Seperti yang anda dapat lihat, matawang utama (major) menjadi tumpuan dalam pasaran.


Carta di atas menunjukkan berapa kerap U.S. dollar didagangkan dalam pasaran forex.

Dollar adalah Raja dalam Pasaran Forex

Anda tentu perasan bahawa U.S. dollar kerap disebut. Hal ini kerana USD boleh dikatakan komponen yang paling penting dalam pasaran forex dan yang paling banyak didagangkan di seluruh dunia.


Secara fakta, merujuk kepada International Monetary Fund (IMF), U.S. dollar terdiri daripada kira-kira 62% keseluruhan rizab pertukaran matawang rasmi dunia! Ini kerana boleh dikatakan setiap pelabur, perniagaan, dan bank pusat itu sendiri, memberi perhatian kepada U.S. dollar.

Disini juga terdapat beberapa sebab lain menjadikan U.S. dollar menjadi pemain utama dalam pasaran forex:

  • Ekonomi Amerika Syarikat adalah yang terbesar di dunia.
  • U.S. dollar merupaka matawang utama dunia.
  • Amerika Syarikat merupakan pasaran kewangan terbesar dan mempunyai kecairan (liqudity) yang tinggi dalam pasaran di dunia.
  • Amerika Syarikat mempunyai sistem politik yang hebat dan stabil.
  • Amerika Syarikat adalah satu kuasa besar dalam ketenteraan di dunia.
  • U.S. dollar menjadi matawang utama dalam setiap transaksi di dunia. Sebagai contoh, harga minyak mentah dinilai dalam U.S. dollar. Jadi sekiranya Mexico mahu membeli minyak mentah dari Arab Saudi, ianya hanya boleh dilakukan dengan matawang U.S. dollar. 


Spekulasi dalam Pasaran Forex

Satu perkara penting yang harus diberi perhatian dalam pasaran forex juga terdapat transaksi pihak komersial dan institusi-institusi kewangan,jadi kebanyakan perdagangan matawang adalah berasaskan kepada spekulasi.

Dalam erti kata yang lain, jumlah dagangan yang datang dari pedagang yang membeli atau menjual pasangan matawang adalah berdasarkan kepada pergerakan harga harian.

Jumlah dagangan yang dilaksanakan oleh para spekulasi melebihi 90%!

Skala dalam pasaran forex ini bermaksud kecairan(liquidity)- jumlah membeli dan menjual yang terjadi pada masa-masa tertentu adalah sangat tinggi.

Ini memberikan kemudahan kepada sesiapa sahaja untuk buy atau sell matawang.

Daripada perspektif pelabur, liquidity begitu penting kerana ia memberitahu perubahan pergerakan harga boleh berlaku dengan mudah dan cepat. Suasana pasaran yang cair seperti forex membenarkan jumlah dagangan yang besar berlaku dengan kesan yang amat sedikit kepada tindakbalas harga.

Walaupun keadaan pasaran sangat cair, tindakbalas dalam pasaran boleh berubah bergantung kepada pasangan matawang yang terlibat.

JUAL DAN BELI DALAM PASARAN MATAWANG


Perdagangan forex adalah satu transaksi beli dan jual pasangan matawang secara serentak. Matawang didagangkan melalui broker atau dealer, dan memperdagangkan pasangan matawang tersebut. Contoh pasangan matawang ialah euro dan U.S. dollar (EUR/USD) atau British pound dan yen Jepun (GBP/JPY).

Apabila anda berdagang dalam pasaran forex, anda buy atau sell pasangan matawang tersebut.

Bayangkan setiap pasangan matawang sentiasa berada dalam keadaan seperti permainan tarik tali. Kadar tukaran akan bergerak turun naik bergantung kepada kekuatan dan kelemahan matawang tersebut.

Pasangan Major

Pasangan matawang yang disenaraikan di bawah dianggan sebagai matawang "utama". Setiap matawang dipasangkan bersama U.S. dollar dan ia seringkali menjadi minat trader seluruh dunia. Pasangan matawang utama lebih cair (liquid) dan didagangkan oleh ramai pedagang.


 Pasangan Cross atau Minor

Pasangan matawang yang tidak mengandungi U.S. dollar pula dikenali sebagai cross-currency atau lebih mudah dipanggil "crosses." Major crosses juga dikenali sebagai "minors." Diantara matawang cross yang aktif didagangkan ialah :EUR, JPY, dan GBP.



Pasangan Matawang Exotic

Pasangan matawang exotic (exotic pairs) ialah apabila salah satu matawang utama (major) dipasangkan bersama-sama dengan matawang yang baru seperti Brazil, Mexico, atau Hungary. Jadual dibawah mengandungi beberapa contoh pasangan matawang exotic.

Harus diingat bahawa exotic pair tidak didagangkan secara aktif seperti major pair atau cross pair.



APA ITU PERDAGANGAN FOREX?

Jawapan yang paling mudah ialah DUIT. Kerana anda tidak membeli barang fizikal, perdagangan forex boleh mengelirukan.

Anda membeli satu-satu matawang sama seperti membeli sesuatu dalam negara tersebut, sama seperti membeli saham dalam satu-satu syarikat. Harga matawang sekarang biasanya merupakan bayangan kepada pandangan semasa dan masa depan untuk sesuatu keadaan ekonomi.

Dalam pasaran forex, bila anda membeli katakan yen Jepun, secara asasnya anda membeli "sesuatu" dalam ekonomi Jepun. Anda mengandaikan ekonomi Jepun akan terus baik, dan mendapat manfaat daripada situasi itu. Apabila anda menjual "sesuatu" itu kembali kepada pasaran, dengan harapan, anda akan mengakhirinya dengan keuntungan.

Secara asasnya, kadar pertukaran matawang antara negara merupakan bayangan kepada keadaan ekonomi sesebuah negara berbanding negara lain.


Simbol matawang mempunyai tiga huruf, dimana dua huruf pertama merujuk kepada nama negata dan huruf ketiga adalah nama matawang negara tersebut.

Contohnya NZD. NZ merujuk kepada New Zealand, manakala D adalah untuk dollar. Cukup mudah bukan?

Matawang yang terdapat dalam jadual di atas dikenali sebagai "major" kerana ianya paling banyak diniagakan dalam pasaran forex.

Sebagai tambahan, "buck" bukanlah satu-satunya nama samaran bagi USD. Ia juga turut dikenali sebagai: greenbacks, bones, benjis,benjamins, cheddar, paper, loot, scrilla, cheese, bread, moolah, dead presidents, dan cash money.

APA ITU FOREX?

Jika anda pernah melancong ke negara luar, anda pasti pernah menemui tempat penukaran wang di lapangan terbang, dan menukar duit yang ada dalam beg duit kepada matawang negara yang anda lawati.

Anda pergi ke kaunter dan perasan terdapat satu paparan yang menunjukkan perbezaan kadar tukaran untuk matawang yang berbeza. Anda melihat matawang "Yen Jepun" dan anda berfikir sendirian, "WOW! Satu dollar saya bersamaan 100 yen!? Dan saya ada 10 dollar! Saya bakal menjadi orang kaya!!!" (Keterujaan ini bakal hilang bila anda berhenti di kedai serbaneka di lapangan terbang untuk membeli 1 tin minuman, dan secara tiba-tiba separuh duit anda hilang :))

Apabila anda melakukan transaksi ini, secara langsung anda telah terlibat dalam pasaran forex! Anda menukar dari satu matawang kepada matawang yang lain. Atau dalam terma forex, anda menjual dollar dan membeli yen.

 Sebelum anda terbang balik ke negara asal, anda berhenti sekali lagi di kaunter tukaran wang untuk menukar baki duit yen yang masih ada kepada dollar dan anda akan perasan kadar pertukaran sudah berubah. Dan perubahan dalam kadar tukaran ini membenarkan anda membuat duit dalam pasaran tukaran wang.

Pasaran tukaran matawang, atau lebih dikenali sebagai "forex" atau "FX" adalah pasaran kewangan terbesar di dunia. Berbanding dengan New York Stock Exchange (NYSE) berjumlah $22.4 billion transaksi dalam sehari, pasaran pertukaran matawang ternyata lebih besar iaitu sebanyak $5.3 TRILLION transaksi dalam sehari.

Pasaran matawang 200 kali lebih besar. Seperti yang dinyatakan transaksi forex adalah sebanyak $5 trillion, namun ia merangkumi kesemua transaksi di dunia. Namun bagi trader runcit (seperti kita), kadar transaksi hanya sekitar $1.49 trillion sahaja. Jadi anda dapat lihat pasaran forex sangat besar, tapi ia tidak sebesar gambaran yang digembar-gemburkan oleh media yang anda percaya sekarang.

Adakah anda telah faham secara keseluruhan tentang pasaran forex? Ini hanya permulaan! Dalam sesi lain,anda akan diberi pendedahan tentang APA itu perniagaan dalam pasaran forex yang sebenar.