Saturday 15 July 2017

KAEDAH ANALISIS (TEKNIKAL)


Analisa teknikal adalah satu kaedah bagi para trader mengkaji pergerakan harga.

Secara teori, seseorang akan melihat kembali sejarah pergerakan harga dan mengaitkannya dengan kondisi trading semasa dan potensi pergerakan harga.

Anda pasti pernah dengar pepatah "Sejarah berulang dengan sendirinya"?

Pepatah di atas jelas menunjukkan apa yang disebut sebagai analisa teknikal.

Jika satu-satu harga berada di kawasan support atau resistance yang lepas, trader akan memberi perhatian kepada harga tersebut dan mungkin akan menentukan buy atau sell di kawasan yang diperhatikan.

Analisa teknikal melihat kepada pattern sama yang berlaku pada masa lampau, dan akan menjangkakan harga akan bertindak sama dengan apa yang telah berlaku.


Dalam dunia perdagangan matawang, apabila seseorang menyebut analisa teknikal, perkara pertama yang akan muncul di minda adalah CHART.

Para pedagang yang menggunakan analisa teknikal menggunakan chart kerana mudah bagi mereka untuk memerhatikan data-data yang lepas.

Anda boleh melihat pada data yang lepas untuk membantu anda mengenalpasti trend dan pattern yang boleh membantu anda mencari peluang trading.

Tapi anda harus ingat bahawa analisa teknikal adalah sesuatu yang SANGAT subjektif.

Ini kerana setiap trader melihat chart berdasar kepada pandangan dan pemikiran yang berbeza. Jadi tidak hairanlah jika ada dua trader yang menggunakan analisa teknikal memasang entry berlainan arah pada satu chart yang sama.

Perkara yang penting untuk anda faham adalah konsep analisa teknikal itu sendiri supaya anda tidak hairan dan terkejut bila anda mula mendengar trader lain berbicara mengenai Fibonacci, Bollinger Bands, atau pivot points.


JENIS-JENIS ORDER DALAM FOREX


Disini kita akan bincangkan perbezaan jenis-jenis order dalam forex yang akan diguna pakai ketika melakukan perdagangan.

Pastikan anda tahu order bagaimana yang diterima pakai oleh broker yang anda pilih.

Mungkin broker yang berbeza menerima jenis order yang berlainan.

Di sini terdapat beberapa bentuk asas order yang dibenarkan oleh broker dalam trading.

Jenis-jenis Order

Market order

Market order adalah order untuk buy atau sell pada harga yang dijangka adalah terbaik.

Contohnya, harga bid untuk EUR/USD sekarang adalah 1.2140 dan harga ask pula pada 1.2142.

Jika anda ingin buy EUR/USD pada harga semasa, anda perlu klik buy dan platform trading anda seperti Metatrader 4 akan terus melaksanakan order tersebut dengan segera pada harga 1.2142.

Limit entry order

Limit enry order adalah tempat yang ditetapkan untuk buy di bawah harga semasa atau sell di atas harga semasa.

Contohnya, EUR/USD kini berada pada harga 1.2050. Anda ingin sell jika harga sampai di 1.2070.

Anda boleh duduk di hadapan monitor PC dan tunggu sehingga harga mencecah 1.2070 (pada ketika ini anda akan sell dengan menggunakan market order seperti di atas).

Atau anda boleh tetapkan limit order sell atau istilah sell limit pada harga 1.2070. Dengan berbuat demikian, anda tidak perlu menunggu di hadapan monitor PC sepanjang masa dalam tempoh perjalan harga dari 1.2050 hingga 1.2070. Bila anda telah set sell limit, anda boleh tinggal platform anda dan order anda akan diambil secara automatik bila price bergerak ke 1.2070.

Stop entry order

Stop entry order adalah ditetapkan untuk buy di atas harga semasa atau sell di bawah harga semasa.
Sebagai contoh, GBP/USD kini berada pada harga 1.5050 dan masih laju menuju ke atas.

Anda boleh pilih satu antara dua pilihan:

1. Duduk di hadapan komputer dan buy bila harga mencecah harga 1.5060 ATAU
2. Set stop entry order pada harga 1.5060.

Anda gunakan stop entry order bila anda rasakan harga akan bergerak dalam satu arah!

Stop Loss Order

Stop loss order adalah satu order yang digunakan untuk melindungi modal anda apabila harga bergerak berlawanan dengan arah entry sama ada buy atau sell.
Jika anda berada di posisi buy, ia dipanggil sell STOP order.

Jika anda berada di posisi sell, ia dipanggil buy STOP order.

INGAT JENIS ORDER INI.

Contoh, anda buy EUR/USD pada harga 1.2230. Untuk melimitkan kerugian maksimum anda, anda meletakkan stop loss order pada 1.2200.

Ini bermakna jika harga turun sehingga 1.2200, trading platform anda secara automatik menutup posisi buy anda untuk kerugian sekitar 30 pip sahaja.

Stop loss amat berguna jika anda tidak mahu berada di hadapan komputer untuk monitor pergerakan pasaran sepanjang hari.