Tuesday 18 October 2016

SESI FOREX: LONDON


Apabila sesi Tokyo hampir menutup perniagaan mereka, sesi London baru sahaja bermula.

Walaupun terdapat banyak pusat kewangan di sekitar Eropah, London tetap menjadi tumpuan aktiviti perdagangan dunia.

Berdasar sejarah, London sentiasa menjadi pusat perdagangan dunia mungkin disebabkan oleh kedudukannya yang strategik. Jadi tidak hairanlah jika London dikategorikan sebagai bandar permodalan perdagangan dunia dengan ribuan ahli perniagaan menjalankan transaksi dalam setiap minit. Dalam 30% keseluruhan transaksi forex berlaku ketika sesi London berjalan.

Di bawah merupakan jadual purata pergerakan pip beberapa pasangan matawang utama semasa sesi London:


Pengiraan pip di atas adalah merujuk kepada data-data yang lepas bermula dari Mei 2012. Harus diingat bahawa ianya BUKAN NILAI TEPAT dan juga bergantung kepada kecairan dan keadaan pasaran.

Di sini terdapat beberapa fakta menarik mengenai sesi Eropah:

- Disebabkan sesi London bertindih dengan dua sesi utama disamping London adalah dianggap sebagai kunci kepada pusat kewangan- kebanyakan transaksi forex berlaku dalam jangka masa waktu ini. Graf pasaran bergerak dengan rancak dan berpotensi mengurangkan kos transaksi seperti spread yang rendah.
- Kebanyakan trend (arah pergerakan graf) bermula pada sesi London, dan KEBIASAANNYA akan berterusan sehingga bermulanya sesi New York.
-Kerancakan graf akan berkurang dalam pertengahan sesi kerana kebanyakan pedagang akan berhenti berdagang untuk makan tengahari dan menunggu pembukaan sesi New York.
-Trend berkemungkinan berubah pada pengakhiran sesi London, dimana trader dari Eropah mungkin mengambil keputusan untuk mengunci keuntungan mereka.

Pasangan Matawang Mana Harus Dipilih?

Kerana jumlah transaksi yang besar, kecairan amat tinggi pada sesi London dan boleh dikatakan semua pasangan matawang boleh didagangkan.

Namun ia lebih mudah jika anda kekal dengan pasangan EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY dan USD/CHF.

Hal ini kerana pasangan matawang ini boleh bertindak balas secara langsung dengan data ekonomi yang akan diumumkan pada hari tersebut (news).

Anda juga boleh memilih EUR/JPY dan GBP/JPY pada sesi London, tetapi harus diberi perhatian kepada spread untuk pair tersebut- cross pair kebiasaan mempunyai spread yang tinggi.

No comments:

Post a Comment