Sunday 25 September 2016

KELEBIHAN BERDAGANG FOREX

 

Terdapat banyak kebaikan dalam urusniaga forex. Disini terdapat beberapa sebab kenapa ramai orang memilih untuk berdagang forex:

Tiada Komisen

Tiada yuran, tiada yuran pertukaran, tiada bayaran kepada kerajaan, tidak ada yuran yang dikenakan oleh broker. Kebanyakan broker mengambil keuntungan di atas servis mereka dengan satu sistem yang dipanggil "bid/ask spread".

Tanpa Orang Tengah

Perdagangan matawang semasa tidak memerlukan orang tengah dan sekaligus membenarkan anda berdagang secara langsung dengan pasaran melalui broker yang menyediakan pasangan matawang yang ingin didagangkan.

Saiz Lot Tidak Tetap

Dalam pasaran masa hadapan, lot atau saiz kontrak ditentukan oleh pihak bursa. Satu saiz standard masa hadapan untuk perak ialah 5,000 auns. Dalam spot forex, anda sendiri yang menentukan lot anda, atau saiz posisi. Ini membenarkan trader untuk melibatkan diri dengan akaun serendah $25 (akan diterangkan kemudian mengapa bermula dengan akaun $25 adalah satu idea yang kurang menarik).

Kos Transaksi yang Rendah

Kos transaksi runcit (bid/ask spread) biasanya kurang dari 0.1% dibawah keadaan market normal. Bagi pembekal-pembekal yang besar (larger dealer), spread biasanya serendah 0.07%. Semestinya ia bergantung kepada leverage anda dan akan diterangkan kemudian.

Pasaran 24-jam

Bermula pagi isnin di Australia sehingga tengahari jumaat di New York, pasaran forex tidak pernah tidur. Hal ini memberi sesuatu yang menarik kepada anda sekiranya ingin menjadi part-time trader atau full-time trader kerana anda boleh memilih masa yang sesuai dengan anda untuk berdagang.

Tidak Ada Pihak yang Boleh Manipulasi Pasaran

Pasaran forex amat besar dan begitu banyak pihak yang terlibat. Jadi tidak ada individu yang boleh mengawal harga pasaran walau pada bila-bila masa sekalipun.

Leverage

Dalam perniagaan forex, jumlah deposit yang kecil mampu mengawal seberapa besar jumlah kontrak. Leverages memberi trader kebolehan untuk membuat keuntungan, dan dalam masa yang sama meminimumkan risiko modal anda.

Sebagai contoh, sebuah broker forex  menawarkan leverage 1:50, ini bermaksud  dengan modal $50 membolehkan trader untuk buy atau sell  matawang yang bernilai $25,000. Namun harus diingat, leverage juga merupakan serampang dua mata. Tanpa pengurusan risiko yang baik, leverage boleh membunuh akaun anda dua kali ganda lebih besar dari keuntungan yang diperolehi.

High Liquidity

Disebabkan oleh pasaran forex yang begitu besar, ia juga satu pasaran yang teramat cair. Ini merupakan satu kelebihan kerana ia memberi maksud dibawah keadaan pasaran normal, dengan sekali klik sahaja anda boleh buy atau sell pasangan matawang dengan kadar segera. Anda tidak akan tersekat ketika berurusniaga. Anda boleh menetapkan platform anda untuk tutup posisi secara automatik apabila sudah mencapai tahap keuntungan yang dirasakan cukup (taking profit). Anda juga boleh menetapkan secara automatik tahap kerugian yang anda mahu tanggung (stop loss).

Halangan yang Rendah untuk Berdagang

Anda mesti fikir untuk bermula sebagai seorang trader forex memerlukan modal yang besar bukan? Secara fakta, apabila dibandingkan dengan urusniaga dalam saham, option dan futures, berdagang forex memerlukan modal yang lebih kecil. Para broker kebiasaan menyediakan akaun trading "mini" dan "mikro" dengan deposit yang paling minimum contohnya $25.
 
Percuma!

Kebiasaan broker forex menyediakan akaun demo untuk anda belajar dan mengasah kemahiran trading dengan pergerakan graf yang sama dengan akaun sebenar. Akaun demo boleh dibuka dengan percuma oleh sesiapa sahaja yang ingin mencuba sebelum menggunakan wang sebenar untuk trading sekaligus anda berada dalam zon sifar risiko.

Kini anda telah pelajari beberapa kelebihan berdagang dalam pasaran forex. Selepas ini kita akan melihat kelebihan forex berbanding saham pula.

No comments:

Post a Comment