Thursday 29 September 2016

SEJARAH PERDAGANGAN MATAWANG

 

Semasa berakhirnya Perang Dunia Kedua, seluruh dunia mengalami keadaan yang huru-hara menyebabkan beberapa kerajaan utama Barat merasakan perlu mencipta satu sistem untuk menstabilkan ekonomi global.

Dikenali sebagai "Bretton Woods System," satu persetujuan disepakati untuk menetapkan kadar semua matawang dengan emas. Namun ia juga hanya berkesan untuk satu tempoh yang tidak panjang akibat perkembangan dalam ekonomi menyebabkan sistem ini menjadi semakin usang dan terhad.

Kemudian,menjelang 1971, sistem ini dimansuhkan dan digantikan dengan sistem nilai matawang yang lain. Dengan Amerika Syarikat sebagai ketua, pasaran matawang mula ditentukan oleh penawaran dan permintaan.

Pada peringkat awal, ianya sangat sukar untuk menetukan kadar pertukaran yang adil, namun dengan perkembangan teknologi dan komunikasi segalanya mula menjadi mudah.

Bermula tahun 1990, dengan perkembangan dari segi rangkaian jaringan yang pesat, bank-bank dunia mula menghasilkan platform perdagangan sendiri. Platform ini direka untuk menyiarkan secara langsung harga matawang kepada pelanggan mereka dan pelanggan boleh melaksanakan perdagang mereka sendiri dengan serta-merta.

Namun terdapat sesetengah pemikir dalam perniagaan berpendapat mesin perniagaan yang berasas kepada jaringan internet ini boleh menjadi satu platform kepada orang perseorangan bagi melakukan urusniaga matawang.

Dikenali sebagai "broker forex runcit", entiti ini memudahkan orang perseorangan untuk melakukan urusniaga forex dengan membenarkan saiz perdagangan yang kecil. Tidak seperti pasaran interbank dimana saiz standard ialah 1 juta unit, broker runcit membenarkan individu untuk berdagang dengan saiz serendah 1000 unit!

Broker Forex Runcit

Sebelum ini, hanya spekulator-spekulator besar dan pelabur yang mempunyai modal yang besar sahaja boleh melakukan perdagangan matawang, namun sejak munculnya broker-broker runcit dan perkembangan jaringan internet, ia bukan lagi satu masalah besar bagi individu untuk melakukan transaksi perdagangan matawang.

Sesiapa sahaja boleh membuka akaun, deposit sedikit wang dan melakukan perdagangan forex di mana-mana sahaja. Kebiasaannya para broker ini terdiri daripada dua pihak:

1. Market makers, seperti mana namanya, mereka membuat atau menetapkan harga bid dan ask mengikut kemahuan sendiri dan 

2. Electronic Communications Networks(ECN), pihak yang menggunakan harga bid dan ask  terbaik yang ada buat mereka dari institusi-institusi yang terlibat dalam pasaran interbank.

Market Makers

Katakan anda ingin ke Perancis untuk makan siput yang popular disana. Untuk melakukan transaksi di sana, anda perlu mendapatkan duit euro terlebih dahulu dengan menukar di bank atau pejabat pertukaran matawang tempatan. Jadi dalam urusan ini, anda harus bersetuju dengan kadar pertukaran yang telah mereka tetapkan.

Seperti dalam mana-mana perniagaan, ini adalah satu perangkap. Dalam kes ini, ia dinamakan bid/ask spread.

Untuk lebih jelas, jika pihak bank membuat pembelian harga (bid) untuk EUR/USD ialah 1.2000, dan mereka menjual (ask) pada harga 1.2002, bid/ask spread disini sebanyak 0.0002. Walaupun kelihatan kecil, apabila anda melakukan jutaan transaksi forex setiap hari, ia menghasilkan keuntungan yang lumayan buat broker market makers!
Namun kita juga harus berterima kasih kepada broker market makers kerana tanpa mereka, mungkin sukar buat saya atau anda untuk melakukan transaksi forex :) 

Electronic Communications Network

ECN adalah nama yang diberikan kepada platform trading yang menyesuaikan permintaan buy dan sell pelanggan secara automatik pada harga-harga yang dinyatakan/diberikan.

Harga yang dinyatakan diambil dari bank-bank berlainan.

Broker ECN biasanya mengenakan komisen yang sangat kecil diatas setiap transaksi yang anda lakukan. Kombinasi spread dan komisyen yang kecil biasanya membuatkan kos transaksi lebih murah di broker ECN.

No comments:

Post a Comment