Monday 26 September 2016

STRUKTUR PASARAN FOREX

Untuk memudahkan lagi perbandingan ini, ayuh kita mulakan dengan struktur dalam pasaran saham. Struktur dalam pasaran saham kelihatan seperti:


Seperti gambar di atas, pasaran saham kelihatan lebih "monopolistic". Di sini hanya terdapat satu entiti, satu pakar yang mengawal harga. Semua urusniaga harus melalui "PAKAR" ini. Disebabkan hal ini, harga mudah dimanipulasi demi keuntungan "PAKAR", dan bukan pedagang.

Macama mana boleh berlaku?

Dalam pasaran saham, "pakar" terpaksa untuk memenuhi permintaan pelanggan. Sekarang katakakan angka penjual tiba-tiba MELEBIHI angka pembeli. "Pakar" ini terpaksa untuk memenuhi salah satu permintaan pelanggan, contohnya penjual, ia akan meninggalkan sekelompok saham yang tidak boleh dijual lagi kepada pihak yang ingin membeli.

Jadi untuk mengelakkan perkara ini berlaku, "pakar" akan mengenakan spread yang tinggi atau meningkatkan kos transaksi untuk menghalang penjual dari memasuki pasaran. Dalam erti kata lain, "pakar" ini akan memanipulasi pasaran bagi menampung keperluannya.

Urusniaga Spot Forex Tidak Berpusat

Tidak seperti pasaran saham atau futures, anda tidak perlu ke pusat pertukaran seperti BSKL untuk menjalankan transaksi. Dalam pasaran forex, semuanya berjalan secara online mengikut keadaan yang tertentu.


Ini mungkin akan memeningkan anda buat seketika. Namun keadaan inilah yang membuatkan pasaran forex begitu "awesome"! Pasaaran forex amat besar dan persaingan antara pembekal (LP dealer) begitu sengit. Hal ini akan membuatkan anda hampir untuk mendapatkan harga yang terbaik. Anda tidak mahu?

Lagi satu, perkara yang menarik dalam forex adalah anda boleh lakukannya di mana-mana sahaja.

Hairaki Pasaran Forex

Walaupun pasaran forex tidak berpusat, terdapat beberapa pihak yang terlibat mengikut ilustrasi di bawah:


Kedudukan yang paling atas ialah pasaran antara bank. Terdiri daripada bank-bank besar dunia dan segelintir bank-bank kecil, pihak yang terlibat dalam pasaran ini berurusniaga secara langsung diantara mereka atau melalui sistem elektronik seperti Electronic Brokering Services (EBS) atau Reuters Dealing 3000-Spot Matching.

Persaingan antara kedua-dua syarikat ini -EBS dan Reuters Dealing 3000-Spot Matching - sama seperti Coke dan Pepsi. Mereka secara berterusan bersaing untuk mendapatkan pelanggan dan berusaha untuk mendapat tempat dalam pasaran. Disebabkan kedua-dua syarikat menawarkan pasangan matawang yang hampir sama, sesetengah pasangan matawang lebih cair berbanding dengan yang lain.

Untuk platform EBS, EUR/USD, USD/JPY, EUR/JPY, EUR/CHF, dan USD/CHF lebih cair. Manakala bagi platform Reuters pula high liquidity ke atas pasangan GBP/USD, EUR/GBP, USD/CAD, AUD/USD, dan NZD/USD.

Semua bank yang terlibat dalam pasaran antara bank boleh melihat kadar yang ditawarkan antara satu sama lain, namun tidak semestinya setiap orang boleh berurusan dengan kadar harga tersebut.

Peringkat kedua dalam struktur pasaran forex adalah hedge funds, korporat, market maker broker dan broker ECN. Pihak ini melakukan transaksi melalui bank-bank komersial kerana tidak mempunyai perhubungan yang kukuh dengan pihak yang terlibat dalam pasaran interbank. Ini bermaksud, kadar harga adalah sedikit tinggi berbanding pihak yang terlibat dalam pasaran interbank.

Trader runcit (seperti kita) menduduki tangga yang paling bawah. Asalnya ia amat sukar untuk trader runcit terlibat dalam pasaran forex. Namun dengan kecanggihan teknologi yang ada, kesukaran ini sedikit demi sedikit dihakis.

Sekarang anda sudah faham struktur dalam pasaran forex bukan?

No comments:

Post a Comment