Friday 21 October 2016

SESI FOREX: NEW YORK


Apabila habisnya masa makan tengahari bagi para trader Eropah, sesi U.S bermula pada jam 8.00 am EST di mana warga Amerika Syarikat mula memasuki pejabat. Seperti sesi Asia dan Eropah, sesi U.S juga merupakan salah satu pusat kewangan utama dalam pasaran yang senantiasa menarik perhatian para pedagang.

Di bawah merupakan jadual purata pergerakan pip terhadap pasangan matawang utama semasa sesi New York.



Pengiraan jumlah pip adalah berdasar pergerakan purata data yang lalu bermula Mei 2012. Ianya bukanlah satu jumlah yang tepat bergantung kepada kecairan dan keadaan lain dalam pasaran.

Disini terdapat beberapa perkara yang harus anda tahu sekiranya ingin berdagang dalam sesi U.S:

- Kecairan yang tinggi awal pagi akibat pertindihan masa dengan sesi Eropah.
- Kebanyakan data ekonomi dilepaskan ketika bermulanya sesi New York. Ingat, hampir 85% pedagang terlibat dengan dollar, jadi bila-bila masa adanya berita besar dalam kalendar ekonomi U.S, akan memberikan impak yang besar ke atas pergerakan harga dalam pasaran.
- Apabila sesi Eropah menutup operasi, pasaran akan bergerak sedikit perlahan kerana ia bersamaan dengan waktu makan tengahari di U.S.
- Teramat sedikit pergerakan harga pada tengahari Jumaat.
- Hari Jumaat juga menjadikan carta harga bergerak dengan tidak menentu kerana kebanyakan trader dari U.S mula menutup posisi mereka kerana hampir kepada cuti hujung minggu.

Pasangan Matawang Mana yang Harus Didagangkan?

Beri perhatian bahawa terdapat kecairan yang amat tinggi semasa waktu pertindihan antara U.S dan Eropah. Jadi anda mungkin berpeluang untuk memasuki pasaran bersama-sama dengan bank-bank besar dan syarikat multinasional. Seeloknya pilih pasangan matawang yang utama sahaja. Elakkan berdagang pasangan matawang yang agak pelik dan janggal.

Kerana U.S dollar menjadi matawang yang penting dalam transaksi utama dunia, setiap orang akan memberi perhatian kepada data ekonomi U.S yang akan dilepaskan. Para pedagang akan melihat laporan fundamental sama ada lebih baik atau pun lebih buruk kepada USD.

Keliru untuk bermula dari mana? Tunggu artikel yang selanjutnya!

No comments:

Post a Comment