Saturday 3 March 2018

KAEDAH ANALISIS (SENTIMEN)

Sebelum ini ada saya katakan bahawa tindakan harga harus secara teorinya mencerminkan semua maklumat pasaran yang ada, namun bagi pedagang-pedagang forex, ianya tidaklah sebegitu mudah.

Inilah sebabnya mengapa analisis sentimen adalah penting. Setiap pedagang forex mempunyai padangan yang berbeza-beza di atas setiap tindakan harga dalam pasaran.

Pemikiran dan pendapat setiap pedagang, yang dinyatakan melalui apa-apa posisi yang diambil sekalipun, ia sedikit sebanyak membentuk sentimen keseluruhan pasaran tanpa mengira apa jenis data yang dikeluarkan.

Masalahnya ialah, sebagai pedagang kecil, tidak kira betapa kuatnya anda merasakan tentang sesuatu dalam pasaran, anda tidak dapat membuat pasaran forex bergerak mengikut perasaan anda.

Sekalipun anda benar-benar percaya bahawa dolar akan naik, dan dalam masa yang sama semua pedagang lain menjual dolar, tidak ada yang anda dapat lakukan terhadapnya (kecuali anda salah seorang dari GS - George Soros atau Goldman Sachs).

Sebagai seorang pedagang, anda perlu mengambil kira semua ini sebagai pertimbangan. Anda perlu melakukan analisis sentimen. Ianya terserah kepada anda untuk mengukur keadaan dan perasaan pasaran sekarang sama ada bergerak naik atau turun.

Kemudian anda harus membuat keputusan bagaimana cara dan kaedah untuk memasukkan persepsi anda tentang sentimen pasaran kedalam strategi perdagangan anda.

Jika anda memilih untuk mengabaikan sentimen pasaran, itu adalah pilihan anda. Namun anda harus ingat, kemampuan mengukur sentimen pasaran atau analisa sentimen boleh menjadi salah satu alat penting dalam kotak perdagangan anda.

Dalam topik yang lain, anda akan diajar dan didedahkan bagaimana cara untuk menganalisa sentimen pasaran matawang dan bagaimana untuk menggunakan kelebihan itu.

Imej dari Babypips.com

No comments:

Post a Comment