Friday 2 March 2018

KAEDAH ANALISIS (FUNDAMENTAL)

Analisa fundamental adalah satu jalan untuk melihat pasaran forex melalui analisa ekonomi, sosial, dan kuasa politik yang mungkin akan memberi kesan ke atas penawaran dan permintaan matawang sesebuah negara.

Jika anda dapat berfikir dengan bijak berkaitan dengan kepentingan fundamental ini, ia dapat memberi banyak kelebihan kepada anda. Ianya adalah sama dengan kelas ekonomi yang pernah anda pelajari di mana penawaran dan permintaan yang menentukan harga atau dalam forex, harga kadar pertukaran matawang.

Menggunakan penawaran dan permintaan sebagai penunjuk harga adalah sesuatu mudah dan ringkas. Namun menganalisa semua faktor yang bakal mempengaruhi penawaran dan permintaan itu sedikit sukar.

Anda perlu memahami sebab-sebab mengapa dan bagaimana peristiwa-peristiwa tertentu seperti kenaikan kadar pengangguran mempengaruhi ekonomi negara dan dasar monetari yang akhirnya memberi kesan kepada tahap permintaan mata wang negara tersebut.

Perkara mudah yang harus difahami dalam analisa ini ialah jika prospek ekonomi semasa atau masa hadapan negara adalah baik, matawang negara tersebut juga akan mengukuh.

Bentuk ekonomi negara yang baik dapat dilihat melalui banyak perniagaan dan pelabur asing yang melabur di negara itu. Hal ini akan meningkatkan permintaan untuk membeli mata wang negara tersebut untuk mendapatkan aset-aset di negara itu.

Secara infografiknya, analisa fundamental adalah seperti ini:


Imej asal dari Babypips.com


Apabila keadaan ekonomi sesebuah negara menjadi semakin baik, kadar faedah mungkin harus dinaikkan bagi mengawal pertumbuhan dan inflasi dalam negara tersebut. Kadar faedah yang lebih tinggi menjadikan aset kewangan dalam matawang tersebut akan menjadi lebih menarik.

Jadi, untuk mendapatkan aset-aset dalam negara tersebut, para pelabur perlu membeli matawang negara itu terlebih dahulu menjadikan permintaan matawang tersebut meningkat dan sekaligus akan meningkatkan nilai matawang negara tersebut.

Dalam artikel yang lain, anda akan mempelajari beberapa data ekonomi yang menjadi penggerak kepada matawang negara yang terlibat dan mengapa bank pusat negara-negara tersebut berbuat demikian.

Anda bakal mengenali siapa Pengerusi bank pusat setiap negara dan bagaimana data jualan runcit akan mempengaruhi ekonomi sesebuah negara. Anda akan didedahkan dengan kadar faedah global.

Buat masa sekarang, anda hanya perlu tahu bahawa analisa fundamental adalah satu kaedah untuk menganalisa potensi pergerakan satu-satu matawang melaui kekuatan atau kelemahan pandangan ekonomi dalam negara tersebut.

No comments:

Post a Comment